<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/19237217?origin\x3dhttp://siparjepun.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Friday, November 17, 2006

Wah. Dah pun hari Jumaat. Kejap pulak masa ni aku rasakan berlalu. Diam tak diam hari ni jugak le boss aku yang sorang tu pindah opis. Petang ni dia halfday. Isnin depan dia cuti. Tak sempat aku nak bersalaman ngan dia tengahari tadi coz aku pun rushing ngan appointment aku. Lunch tadi aku dan kakak-kakak tu ke Kotaraya. Jalan sakan duk cari hadiah untuk bosses yang bakal berangkat ke opis baru. Pusing punya pusing jumpa le satu kedai gift ni. Duk dalam tu lebih dari sejam. Masing-masing blur nak cari hadiah apa. Ikutkan nak kasi yg simple-simple je. Telek punya telek kitorang amik keputusan nak belikan FO lampu meja yang etnik gitu. Si singa ngan joyah (nama timang-timangan) kitorang belikan candle burner yang ala2 modern gitu. Siap ngan wrapper sekali. Kongsi bertiga belikan. Untuk big boss je tak belikan lagi coz tak jumpa yang berkenan di hati.

Berbalik pd citer kenangan aku dan bosses aku, sebenornya jauh dalam hati ni terselit rasa sedih. Yelah, aku selalu citer pasal singa yang salu terkam dan cakar mangsanya kan? Aku le mangsanya tu. Tapi bila dia dah nak pindah ni, aku rasa cam sayu plak. Saper lagi yang nak marah aku, dan saper lagi yang aku nak cari pasal kalau bukan dia! Sure life aku berubah pasni. Rasa macam tak reti nak cope lak ngan orang-orang baru yang bakal masuk gantikan bosses aku tu. Sorang garang sorang lagi friendly yang amat. Minta2 yang bakal masuk ni jenis 'dondang sayang' atau lebih tepat lagi jenis yg 'slow and steady'. Tapi jgn terlalu slow lak coz aku menyampah gila ngan org yg slow ni. Lembap sey!

BOSS NO.1 (pompuan)
Ciri-ciri:-

Positif
1. Pemurah
2. Ske kasi aku makan
3. Kreatif
4. Hardworking

Negatif
1. Susah senyum
2. Garang
3. Emosi
4. Selfish
5. Mrs. Dateline
6. Suka tengking org
7. Takde hati dan perasaan
8. Syak wasangka
9. Susah caya kat org
10. Demanding


BOSS NO.2 (pompuan)
Ciri-ciri:-

Positif
1. Pemurah
2. Suka tersenyum
3. Peramah
4. Prihatin
5. Hati muda
6. Mudah mesra
7. Rasional
8. Bleh jadi 'kawan'
9. Pengemas
10. Rajin

Negatif
1. Pelupa (kadang2)
2. Moody (ikut keadaan)
3. Kadang2 ckp eksen sket (hehehe)

So, itu le ciri-ciri yang ada kat dua org boss aku tu. Masing-masing dengan peel masing-masing. Aku hanya tahu bersabar dan go with the flow. Cuma ada ketikanya aku sendiri tak mampu nak kawal emosi sendiri. Aku sebenarnya dah biasa dengan cara kerja kedua-duanya. Boleh ke aku kekalkan cara kerja aku dengan boss baru tu ek? Proses nak kenali hati budi orang ni bukan sesuatu yang mudah. Kena ambik banyak masa dan kesabaran dalam diri. Macam singa tu, bukan calang-calang orang yang boleh dengan dia. Kena ada skill semulajadi bila nak deal ngan dia. Maklumlah, singa le katakan. Tapi bila sehari dia takde, aku mengaku yang aku rasa janggal. Dah biasa kena itu ini ngan dia. So bila dia diam, aku pulak yang risau. Macam-macam ada kan?

So kepada boss no.1 tu, aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas segalanya. 6 tahun aku bersama dengan dia dan sepanjang itulah macam-macam cerita ada antara aku dan dia. Mostly yang 'pedih' la kan... hehehe! Tapi busuk-busuk pun dia tetap boss aku. Dia tetap jaga aku selama ni kan? Aku terima dan aku takkan simpan dalam hati di atas apa yang pernah dia buat kat aku. Aku harapkan dia berbahagia dan semoga dia mendapat lebih ramai kenalan baru kat opis baru dia nanti. Reda-redakanlah perangai baran tu. Banyakkan senyuman so that people will feel much more comfortable with you ok. Jangan pressure sangat coz it will hurt you. Thank you for everything MADAM.

Aku pun nak ucapkan selamat maju jaya kat boss no.2 aku yang akan pindah Isnin ni. Walaupun sempat bersama dia selama 6 bulan, aku banyak belajar perkara baru dengan dia. Dia mmg senang diajak berbincang dan aku rasakan dia betul-betul macam kawan. Takde gap, takde boundaries. Ngan dia ni kan, aku boleh borak apa aja. Aku selesa ngan dia. Terima kasih Puan, budimu kukenang selalu. Kekalkan ciri-ciri positif yang ada dalam diri itu coz ianya aset paling berharga dalam diri tu. All the best!