<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/19237217?origin\x3dhttp://siparjepun.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Monday, November 27, 2006

Sabtu
25 Nov 2006


Bangun seawal 7.20 pagi. Itupun sebab rasa nak terkucil. Terus ke ruang tamu tutup lampu. Masuk balik dalam bilik dan cuba nak tidur semula. Mata terkejip-kejip. Asyik menguap tapi taknak jugak aku terlelap semula. Pusing kiri-kanan, dongak tengok siling still mata ni taknak terkatup. Lastly aku baca komik. Habis satu buku. Punya le susah nak lelap. Elok je aku abis baca, mata ni pun shutdown. Terbangun semula dalam pukul 10.15 pagi. Terus aku bangun. Lepak dpn tv. Bespren aku pun bangun sama. Plan nak ke mana. Alih-alih kitorang decide nak ke Ikea. Lagipun lama tak pegi. Tingin gak nak melaburkan duit kat sana. Hehehehe!

Sampai Ikea terus cari parking yg sesuai. Mujur dapat. Orang boleh tahan ramai. Terus tuju ke tempat yg nak dituju. Cuci mata puas2 then tak sedar penuh dalam trolly barang-barang kitorang. Hehehehe! Banyak gak aku beli. Tapi kebanyakannya aku beli utk aku pakai kat office. Aku suka decorate meja aku so mmg betul ler niat aku membeli tu kan kan? Dah abih shopping, kitorang gi makan. Perut memang lapar gila. Aku pulun yam cake, kuih mochi red beans ngan air nescafe panas. Pergh, sedap yang amat pasal perut tengah lapar. Bespren aku makan nasik lemak. Tak cukup tu gi beli pulak soya bean. Memang mentakedarah abis kitorang aritu. Hahahaha!

Dah habis makan kitorang gi simpan barang-barang dalam kereta dulu. Then ronda2 satu Ikano ngan The Curve. Cuci mata tapi dalam cuci tu sempat gak cekau lagi barang-barang. Dasar shopping tak ingat dunia memang le gitu. Ngeh ngeh! Pastu aku singgah kat kedai handphone. Beli casing untuk diri aku dan bespren aku. Sekali ngan screen protectornya. Sekali-sekala belanja member baik, tak salah kan?

Keluar dari Ikea, teka arr kitorang ke mana plak. Masing-masing tak kenal letih. Kitorang ke Midvalley pulak weh! Semata-mata nak makan rojak buah kat food court tu. Lagi satu nak cari kedai yang boleh baiki tali casing hp bespren aku. Waaa! Baru je beli tak sampai sejam terus terputus sebab masa keluar parking tu aku tak sedar ada bonggol terus aku langgar. Agaknya gegaran yang kuat tu buatkan tali tu tersentak terus putus. Seb baik boleh baiki. Kalau tak aku sure rasa bersalah sampai le ke arini! Fuh!

Antara barang-barang yang aku rembat aritu:-


"Frame gambar kaler merah jadi pilihan"


"Ske book stand ni, aku rembat 2"


"Aku beli untuk opis aku"


"Pun aku beli untuk opis aku. Kemas sket pantry tu"


Ahad
26 November 2006


Ahad yang best untuk aku tidur. Bangun lambat dalam pukul 9.56 pagi. Terbabas terus aku. Sama naik ngan bespren aku tu la. Bangun je mandi then terus ke pasar pagi kat area rumah aku tu. Ingatkan nak cari CD tapi brother tu tak meniaga la aritu. Terpaksalah patah balik dari tujuan asal. Singgah kedai beli 2 tin cat untuk bilik aku. Plan nak cat bilik. Aku beli kaler chilli red ngan buttercup (yellow). Terpaksa tunggu setengah jam sebab tokei kena gi Jalan Kelang Lama amik stok. Sementara menunggu tu kitorang pekene bekpes. Kenyang abis. Cat pun sampai. Hehehehe! Balik rumah terus lepak dulu tengok melodi dan baca paper. Dalam kul 2.30 pm tu hujan turun. Saja je nak test mata aku. Padahal kerja banyak gila kat umah tu. Aku nekad taknak tidur. Bespren ajak mengecat. Aku pun setuju je la. Dia memang beria-beria padahal itu bilik aku. Sengih je kalau aku ingatkan dia tu ;)

Kitorang mulakan dengan bahagian paling luas. Bukak je pintu bilik akan terus nampak dinding tu. Aku pilih kaler merah sebagai tema utama. Bahagi dengan kaler kuning buttercup tu. Start mengecat dari pukul 3 petang. Break makan pukul 4 petang then continue semula mengecat sampailah habis satu bilik tu dalam pukul 6.30 petang. Fuh, lega abih aku. Ingatkan nak mandi tapi memandangkan bilik tu perlu aku kemas, aku tak jadi mandi tapi terus mengemas sampai longgar kepala lutut ni. Hasilnya ... jeng jeng jeng..


"Tempat aku beradu. Upss, jgn tak caya kali ni aku pilih tema cadar bunga2. Mana pernah aku beli cadar bunga-bunga beb!"


"Ni tempat aku melepak layan games. Semak lagi coz tak sempat kemas betul-betul semalam. Err, abaikan alien di kerusi itewww"



Amacam? Menarik tak? Kat ataih ni le hasil kerja tangan kami berdua. Penat tapi happy gila. Kitorang berdua ni memang ada perangai yang sama suka tukar2 warna cat samada dalam bilik or kat ruang tamu. Kali ni aku tukar bilik aku jadi warna merah kuning. Bespren aku tak tukar coz bilik dia dah cun dah ngan kaler pink and baby blue. So dalam kami bertiga satu rumah, aku paling 'garang' dengan warna camtu. Cuma konsep cadar tu yang tak menepati wawasan. Nanti le aku tukor bedsheet kaler merah itam. Aku tak ingat kat mana dah aku taruk bedsheet tu. Wakakakaka! Aku siap mengemas dalam pukul 9.30 malam. Mandi lama-lama buang semua kesan-kesan cat yang bersepah tu. Then kemas meja computer sambil layan lagu. Sempat taram Sims sampai kul 1.30 pagi. Tak sedar bila tertidur. Yang pasti bangun pagi tadi memang mencabar habis. Letih + mengantuk yang amat. Breakfast makan mee hoon fish head kegemaranku. Sampai office awal coz jalan tak jem. Lunch tadi ke HQ ada sales buku dari MPH. Aku rembat dictionary. Sampai balik office aku tengok boss aku dah takde. Dia meeting kat HQ. Lega rasanya. Ni sambil menaip mata aku rasa nak terkatup je. Kugagahkan sebab skrg ni dah pukul 4.05 petang. Sejam setengah lagi nak blah. Yeahaaa!