<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/19237217?origin\x3dhttp://siparjepun.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Wednesday, October 11, 2006

11 Oktober 2006
5.40 petang
Kat umah dpn pc

Salam semua. Aku datang kembali dengan berita yang aku semakin baik dan sihat. Semakin boleh berjalan. Walaupun tidak sepenuhnya, aku mampu tidur mengiring dan mampu bangun sendiri dan mampu ke jamban tanpa bantuan. Hehehehe! Life sebagai pesakit amatlah menduga, lebih-lebih lagi dalam keadaan berpuasa ni kan. Lagilah menduga aku. Alhamdulillah, aku mampu berpuasa. Aku nyer rutin seharian pun dah sama rentaknya. Seawal 8 pagi aku bangun, terus mandi dan melepak tengok astro. Abih sumer channel tu aku layan. Sampai aku sendiri naik bosan. Paling tidak aku online itupun kalau server ok. Selalunya KO. Tu yg aku bengang tu. Time nak online, sure server ngokngek.

Dalam tak sedar dah lebih 2 minggu aku kat sini. Dan dalam proses pemulihan ni aku banyak bersendirian. Yelah, bersendirian untuk mengenali dan menginsafi diri. Best, cam mengenal diri sendiri semula la kan. Aku tenang walaupun kadang-kadang ngilu menyucuk-nyucuk dalam perut aku ni. Takpe, aku nak baik kan.. so sakit tu hanya sementara je.

Sebut bab berpantang ni, isk aku ni cam orang bersalin lak takleh makan itu ini. Semuanya nak kena jaga. Cara aku berjalan pun kene hati-hati. Aku ni mana boleh slow2, aku cepat rimas. Kadang2 aku rasa nak berlari-lari je. Mak aku salu tegur aku tak macam org sakit. Asyik nak ke sana-sini. Aku cakap le aku bosan duk diam je. Nak gak jenjalan kan? Papa kata aku ni kuat. Kuat dalam menghadapi segalanya. Aku kata le, ni kan anak papa. Dia senyum je. Yelah, kalau tak kuat aku takkan mampu melawan segala satu macam dugaan hidup kan kan kan? Apapun aku bersyukur kerana dikurniakan ketabahan seperti mak aku dan keyakinan tinggi seperti ayah aku.

Kalau takde aral, 18hb Oktober ni aku turun KL. Nak gi jumpa doktor utk appointment seterusnya. Aku nak extend MC aku sampai end of this month. Meaning, lepas raya baru aku kerja. Yezza! Orang kata cuti sakan le aku. Bila lagi kan? Of coz aku rindu kat bestfriend aku tu, member2 opis dan bilik aku kat KL tu. Waa, bila leh balik ni? Takpe, kejap je masa akan berlalu. Pejam celik pejam celik abih la bulan Oktober ni kan? So sementara di rumah ni biarlah aku betul2 berpantang. Doakan aku ye?