<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/19237217?origin\x3dhttp://siparjepun.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Thursday, September 28, 2006

Assalamualaikum wbt kepada semua yg membaca blog aku ni. Buat pengetahuan semua, aku bercuti sakit dari 19 September hingga 10 Oktober 2006 dan Insya-Allah akan extend MC ni hingga 31 Oktober. Takde aral aku akan kembali bekerja lepas raya. Alhamdulillah, setelah berhempas pulas dan menunggu detik-detik itu, aku selamat dibedah. Seawal 7 pagi aku telah ke hospital. Mak dan papa sampai on the 18.9.06 dan bermalam di rumah aku. Penantian satu penyeksaan. Malam tu aku takleh tidor sebab kepala asyik terfikir apa akan jadi esoknya. Member baik aku si Jue tu bercuti. Balik kampung tengok atuknya operate gak. Apapun aku tau doa dari dia sentiasa tak putus untuk aku. Dan aku doakan juga kesejahteraan atuknya tu.

So berbalik pada kisah aku. Dah sampai hospital aku terus ke counter admission. Register untuk masuk ward. Hehehe! Dah settle semua, staff kat situ kasik le aku jug, berus gigi, dan segala macam alatan untuk aku bawak ke ward. Jantung masa tu tak degup kencang sgt. Maybe aku dah cukup kuatkan mental fizikal aku untuk hadapi pembedahan tu kot. So dengan langkah yang bersemangat aku, mak dan papa pun naik le ke tingkat 4, ward 405. Fuh, masuk je lam ward tu aku nampak le katil aku tu. Paling tepi sekali. Aku mula berkemas pakaian kat locker yg ada. Jantung masih menten lagi. Aku lepak ataih katil sementara menunggu time untuk dibedah. Aku suh mak and papa gi lunch dulu. So aku berangan-angan le ataih katil tu. Kekunun aku dah dioperate and ngah dirawat ataih katil tu. Hehehehe...

So sementara menunggu tu, memacam panggilan aku terima. Semuanya mendoakan keselamatan dan kejayaan aku. Terharu aku, sebak pun ada. Semuanya menguatkan lagi semangat aku.Dalam pada tu aku risau gak sebenarnya. Yelah, ni semua pasal keselamatan nyawa aku. Aku banyak berdoa kepada Tuhan. Dalam pada aku bersedia, aku tetap risau namun aku sembunyikan segala satu rasa depan mak ayah, adik2 dan kawan2 aku. Aku taknak dorang tengok aku risau. Aku takkan tunjukkan! Aku nak dorang nampak Aku yang tabah, kuat dan sentiasa bersedia untuk segalanya. So pas mak and papa makan dorang naik atas temankan aku kat ward. Dalam kul 12pm nurse datang kat aku. Kasik injection kat punggung then masukkan cecair lam errr, montot aku. Semuanya kerana nak suruh aku buang air besar. Memang mujarab coz tak sampai 5 minit perut aku memulas-mulas nak uk uk. Selesai aku buang hajat besar tu, aku pun lepak lagi ataih katil. Rasa letih coz cam dipaksa berak plak. Dalam pukul 12.30pm, nurse sekali lagi datang suh aku tukar baju. Pakai baju hospital tu siap ngan topinya sekali. Lawak sey. Adik aku gelak sakan tengok. Lupa lak, dalam kul 11.30pm tu adik aku amik time off terus ke hospital nak tengok aku. Muka dia risau tapi aku tau dia sorokkan. Dia taknak aku sedih. So aku ajak adik aku temankan aku ke toilet. Salin baju sambil tenung muka sendiri kat cermin. Pandang muka adik aku puas-puas. Manalah tau itu yg terakhir kan. So keluar dari toilet tu aku sempat amik gambar lagi. Adik aku kata aku cute lam pakaian hospital tu. Kekekeke, per le yg kiut tu ek? Tak paham gak aku.

So tepat kul 12.50pm aku pun dibawa ke OT (operation theatre). Family aku leh hantarkan aku sampai ke level 1 je. Sebelum aku keluar dari ward tu, aku peluk adik aku, ayah aku. aku minta ampun dan maaf kat semua. mak aku kontrol nangis. Ayah aku takleh tahan perasaan peluk aku pastu nangis kuat2. Aku tau mak ayah aku sayang aku. Boleh rasakan bila dorang peluk aku taknak lepas. Aku sebak. Aku sedih dan takut andainya itulah kali terakhir aku nampak dorang. Aku taknak pergi sebelum minta maaf kat semua yg ada. Sampailah ke level 1 tu, aku lambai dorang sampailah kelibat dorang semua hilang dari pandangan mata. Tinggallah aku seorang diri. Menunggu penuh sabar di luar OT tu. Aku masih sedar time tu. Doctor tak bius aku lagi. Sampailah aku dengar suara berkata "ok, kita akan masuk ke OT sekarang". Masa tu aku cool habis. Bila pintu OT tu terbukak, aku rasa sejuk sgt. Betullah kata orang, bilik bedah tu sejuk yg amat. Dah le baju yg aku pakai tu nipis je. Tak menepati wawasan le. Hehehehe! So bila masuk je bilik tu aku tengok ramai nurses. Ada yg cuci pisau, ada yg sibuk sediakan alatan bedah. Aku disuruh tukar tempat ke katil bedah tu. Sejuk sgt. Keras lak tu. Time tu le aku leh nampak lampu kat ataih aku. Cantik le dan tak scary langsung. Aku leh dengar bunyi nurse basuh itu ini. Nampak doc keluarkan injection. Dan macam-macam lagi. Bau lam bilik tu bau ubat yg sedap dihidu. Aku rasa tangan kiri aku dicucuk untuk masukkan air. Dan aku dengar suara Doc Nurashikin tu bisik kat tinger aku suh mengucap. Suh istighfar banyak2. Sampailah dia kira 1, 2, 3... aku terus OUT.

Sedar2 aku rasa tegang kat perut ni. Aku raba-raba aku rasa plaster. Then dalam keadaan mamai aku sempat bertanya lam diri sendiri, "dah operate ke belom ni? Ker baru nak operate?". Sampailah aku tersedar aku dah ada lam Ward 405 tu. Aku nampak muka mak ayah aku, adik aku dan ramai lagi saudara mara aku. Ya Allah, aku bersyukur dan terus bersyukur kerana masih berpeluang melihat meraka semua. Diberi kesempatan oleh Allah untuk aku teruskan hidup ni. Satu pengalaman yang amat menyedarkan aku. Aku benar-benar menghargai kehidupan ini. Betapa selama ini aku alpa. Alhamdulillah, aku selamat. 5 hari aku di hospital. Sabtu pagi tu aku dibenarkan balik. Esoknya puasa, aku balik ikut mak ayah aku. Dan ketika ini genap 9 hari selepas aku dibedah. Dan keadaan aku beransur sembuh. Cepatlah, aku tak sabar nak balik KL. Bosan gak duk umah. Mujur ada bahan hiburan cam Astro dan Internet. Kalau tak tau le. Hehehe!