<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/19237217?origin\x3dhttp://siparjepun.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Monday, May 29, 2006

Aktiviti yg bagi aku agak menarik sepanjang weekend lepas:

Sabtu (27.5.06)
Bangun awal. Err, pukul 9.15am tu kira awal tak? Cincai la ek. Aku bangun pun atas sebab-sebab yang tertentu. Takleh citer kat sini. Bila mata dah dipaksa bukak, so otometiknya aku terus jadi segar bugar. Puas suruh mata ni terkatup balik tapi sia-sia je usaha aku. Nak taknak aku bangun jugak. Masak air pastu buat nescafe. Lepak layan CD. Aku tengok balik citer Legally Blonde (yg first punyer). Seronok tengok sebab cerita tu betul-betul ceria dan colorful (walaupun aku tak minat kaler2). Tak tau angin apa yg aku rasa, aritu aku teringin nengok citer tu semula. So layan le citer tu sorang-sorang. Housemates lain tidor lagi. Dah abih citer tu, sorang-sorang keluar bilik. Baru bangun la tu. Jelesnya aku dorang boleh tidor lama. Aku gak yang layan mata kat depan tv. Isk!

Guess what?! Punyalah tak tau nak pegi mana, tup-tup kitorang ronda satu tempat ni. Tempat yg dah lama aku tak jejak. Rasanya last aku pegi time umur aku 11 tahun kot. Tempat tu pun bukannya tempat pilihan nombor satu family aku tiap kali turun KL ni. Hehehe! Maka bermulalah perjalanan aku dari Pantai Dalam itu ke MUZIUM NEGARA. Jauh kan? Jauh kan? Wakakakaka! Sekangkang kera je Muzium tu dari rumah aku. Tak pernah-pernah aku nak ke sana, alih-alih Sabtu lepas aku ke situ gak. Itupun bukan plan asal. Tetiba je ada dalam kepala. Apapun aku enjoy sebab dah lama tak jejak kaki kat situ kan. Banyak gak pembaharuan dalam Muzium tu. Cuma rasa tak puas. Lain le kalau Galeria Perdana kat Langkawi tu. Naik lenguh kaki ni explore satu kawasan tu. Pergh!
Dari Muzium tu, kitorang gerak ke Sogo. Ronda Sogo sampai ke malam tak hengat. Letih giler kaki aku. Tak shopping sakan, just jalan-jalan nengok orang + barang. Hehehe!

Ahad (28.5.06)
Bangun lambat lagi. Itupun sebab tidor lambat. Celik je bijik mata terus bangun basuh muka (kerja-kerja biasa dalam jamban). First thing yg kitorang plan, nak gi beli tiket kat Putra. Si Jue nak balik kampung. Aku temankan dia beli tiket. Mujur tiket available lagi. Aku ikut dia balik nanti. Lama tak pegi kampung dia. Dah settle pasal tiket aku gerak ke One Utama. Mujur parking senang walaupun weekend. Orang memang ramai. Cam ulat je. First thing yg kitorang buat, makan la. Lapor siot. Lepak burger king sambil cuci mata. Nak makan berat, takut senak perut. So alas perut je dulu. Lepas makan, terus gi beli tiket wayang. Tak plan nak tengok, tapi alang-alang badan kat sana, so go on je la kan? Kitorang tengok X-Men - The Last Stand. Yelah yelah.. aku je yg ketinggalan. Baru dapat tengok semalam. Wargh!

Citer yang mabeles eksellen tiptop hurahey! Terpana + teruja + terkasima dan tersentak naluri jiwa ni tatkala mata bertentang mata dengan setiap karakter citer ni. Aku suka KESEMUANYA. The Last Stand, memang kena dengan tajuknya. Ada unsur-unsur sedih, suspen, romantic dan memacam lagi la perasaan yang akan keluar secara semulajadinya dalam diri setiap insan yg menontonnya (cewah). Paling aku suka part Jean ngamuk tu. Sket nyer EVIL muka dia. Sampai le Charles tu mati. Part tu sedih sikit pasal leader dah kalah ngan anak buah sendiri yang dirasuk tak hengat. Part dalam air tu pun best. Isk, macam-macam la part yg menarik minat jiwa aku ni. I just love it! Pada yg tak tengok lagi tu, bawak-bawak le ke panggung. Baru la puas sey!



WOLVERINE & JEAN - 2 watak paling aku suka!

Silence: ketika entry ini ditaip, aku dalam keadaan yg amat bizi tapi aku gagahkan jugak jari jemari ni mengupdate sambil meneruskan kerja-kerja yg ada. Cayalah!