Thursday, May 04, 2006

pelik tak apsal ada gambor mamat ni kat sini? tetibe je plak tu. sure si ITA syok sakan nengok.. (ko minat lagi tak kat dia ni ta?). masa kenduri kawin sedara aku aritu, si Aqasha ni datang ngan family dia. alih-alih dia salam mak ayah aku. siap kena sound suh kenal sedara. rupa2nya ayah aku dah pangkat 'atuk' dak aqasha ni. dan aku ni plak pangkat 'makcik' kat dia. Wakakaka! kecik sungguh dunia dan tragis sungguh status aku kat dia. makcik? boleh la... hehehe! Adik aku kata adik-beradik dia ni ramai dan dia yg paling lain dari yg lain. Dari segi kulit dan muka. Sejibik cam anak Jepun kan? Siap pakcik aku sound "dia ni la penjahat dalam citer Natasha tu". eheks!
Ahad (30.4.06)
Pun bangun agak lambat. Kul 10.30am mata ni terjaga. Letih malam sebelumnya masih ada. Tengahari siap2 nak gi kenduri kawin member aku kat Shah Alam. Before that hantar adik bongsu Jue ke Uitm SA utk exam. Menjajau gak nak carik umah member aku ni kat Seksyen 19. Mujur SA tu tempat permainan aku dedolu. Eheks! Sedang elok je sampai diorang baru nak disandingkan. Kiranya timing aku baik arr. Kul 1.15pm cenggitu kitorang sampai. Makan nasik yg boleh tahan sedap. Pastu lepak2 jap tengok pengantin bersanding. Kaler pepel theme dia. Menarik gak pelamin tu. Dan YANA member aku ni nampak lain betul bila bersolek tebal. Sama naik ngan hubby dia si DIN tu. So untuk YANA & DIN, selamat pengantin baru semoga kekal ke anak cucu. Balik dari kenduri kawin tu kitorang terus ke Midvalley. Lepak ngan cousin aku kat Secret Recipe sampai le ke pukul 8 malam. Memacam citer, memacam hal yg diborakkan. Apapun thank you belanja kitorang. Yezza!

Isnin (1.5.06)
Selamat hari pekerja! Hari melepak sedunia. Aktiviti agak lembap coz memasing dalam mood coti yg indah. Tengahari tu buat ikan bakar, sotong ngan udang galah celur tepung tempura. Menjilat jari sey! Dah kenyang petang tu aku singgah office aku nak kemas2 bilik boss. Siap kemas meja aku sekali beb. Alang-alang kan? Hari ni jugaklah jadik satu menda yg takkan aku lupa. Apa dia rahsia la kan? Mana yg tahu memang akan tahu kalau baca entry ni. So dendiam udah la ek? *lari!
Selasa (2.5.06)
Mood nak gi keje yg merundum jatuh cam bursa saham KL yg naik turun tu. Liat nak gi kerja. Sampai opis pun malap je muka. Dah le menyambut ketibaan boss baru. Aiyark! So far okeh la kot? Aku dalam proses nak mengenali ni. Hari pertama yang agak kelam-kabut bagi boss baru dan diri aku jugak. Nak prepare macam-macam untuk dia. Semuanya dia nak sekaligus. Aku naik turun berapa kali aku pun tak ingat. Takyah diet memang akan kurus punya la!
Rabu (3.5.06)
Boss baru aku MC. Terkejut kot first time report duty pahtu makan kat cafe tu. Perut tak biasa lagi ngan makanan kat sini. Tenang aku sebab aku tak perlu terkocoh-kocoh. Ada gak mulut yg bersuara sumbang kata dia baru masuk dah pandai MC. Sakit kan datangnya dari Tuhan. Takkan kita boleh plan sakit tu tol tak? Tak paham aku ngan sikap sesetengah manusia ni. Pandai nak kondem je sedangkan diri sendiri tu takde le perfect mana!
Khamis (4.5.06)
Today lor! Bangun pagi dalam keadaan poyo gila. Ngantuk yg amat. Sampai skang ni aku nyer mata susah nak bukak luas. Nguaps toksah citer la berapa kali dah hari ni. Pagi tadi aku nyer boss dua2 takde apa2 aktiviti. So aku pun mati kutu la nak buat apa. Keja tetap keja tapi kekadang tu boring gak siot! Kat luor dah cam malap je nak hujan. Nak balik sharp arini pasal aku rasa nak keboom terus ataih katil! Cepatlah weyy.. aku nak balik!