Wednesday, May 24, 2006
21.5.06 (Ahad) aku rasa denyut-denyut dalam perut aku. Terjaga dari tidur terus pegang perut ni. Apsal rasa camnih? Rasa macam perut aku nak terjojol keluar. Terus aku bangun, mandi dan setelah di "brainwash" oleh Jue, aku setuju nak gi klinik. Dalam kereta macam-macam dalam kepala aku. Sakitkah? Kritikalkah? Sempatkah? Yang pasti semuanya negative thinking and it sucks!
Sampai kat klinik aku tengok ada sorang patience tengah tunggu. Mujur tak ramai. Then hari tu kan hari Ahad, so lengang le. Tunggu tak sampai 10 minit nama aku dipanggil. Masuk-masuk je doktor lelaki bangsa India. Isk, ni yang aku malas ni. Bukan apa, aku tak suka la jumpa doktor lelaki kalau bab-bab nak check perut dan kawasan-kawasan yang berkenaan. Nak taknak aku takde pilihan. Aku pun explain la kat doktor tu masalah aku. Dia suh aku baring kat katil, then dia check perut aku. Mujur ada nurse sorang teman. Kalau tak sure aku dalam keadaan berjaga-jaga tahap melampau. Siap leh tumbuk muka doktor tu kalau aku rasa 'tercabar'. Jangan main-main weh! Dia tanya aku ada masalah gastrik, aku cakap memang aku ada. So time makan kenalah kontrol. Then, dia tekan satu part kat bawah perut aku tu. Kat pangkal rahim tu kot (tak sure sgt pasal tak amik port). Terus aku rasa senak. Rasa cam semua benda dalam perut aku jatuh ke bawah. Isk! Dia terus kata "something hard inside your stomach". Muka aku terkujat poyo time tu. Risau ada, takut ada, nervous ada. Macam-macam ada! Dia siap tanya berapa lama aku dah alami sakit tu, aku jawab la dah dekat2 setahun. Doktor tu buat muka nyindir sebab aku lambat wat check-up. Aku nak buat ultrasound tapi hari tu doktor tu takleh nak buat sebab bukan dia yang in-charge. So dipendekkan cerita, aku terpaksa jumpa doktor lain di hari yang lain untuk buat ultrasound tu. Nak taknak aku kena jumpa doktor Zurina baru le leh dpt RL untuk ke klinik yang berkenaan. Bila tu tak tau lagi la. Maybe esok kot?
Bila dah jadi macam ni, aku rasa takut sangat dengan apa yang bakal aku hadapi kemudian hari. Afraid to face reality!. What will it be? Jue kata aku degil. Degil yang amat. Aku suka amik menda tu mudah. Bila pikirkan, ada betulnya. Aku jenis yang tak suka nak serius sgt pada certain2 benda. Dan sekarang yang tanggung adalah AKU. Nak taknak aku kena hadapi jugak apa yang bakal jadi in the future nanti kan? Aku harap result yang akan aku dapat tu OK. Aku memang akan buat test ultrasound tu. Sebelum terlambat, baik aku tau dulu kan? Doakan aku ye?
Selingan: lupa nak tambah, aku gi attend course dari 22-23 Mei. Excellent topic, excellent speaker! cayalah! Nanti aku citer apa yang aku dapat dari course tu yek!