Tuesday, May 16, 2006
Sehari yang amat membosankan. Badan still lemah. Kepala masih berat. Mujur badan tak panas macam semalam. Aku cuti petang semalam balik rumah terus tidur. Suhu badan naik mendadak. Lama tak kena demam, alih-alih semalam aku kalah. Sengal satu badan Tuhan aja yg tahu. Golek kiri-kanan atas katil macam cacing kepanasan. Yang paling MENYAKITKAN hati aku, dalam pada aku cuba untuk lelap bertalu-talu tepon aku berbunyi. Aku keraskan diri taknak angkat. Tapi bila dah masuk panggilan ke-3, aku capai tepon tengok siapa yang gatal tangan dial nombor aku. Rupa-rupanya boss aku si singa tu. Pantang aku cuti, dia sure kacau padahal semalam dia bercuti. Apa benda yg urgent sangat pun aku tak tau. Sampai kul 4 lebih dia tetap tepon. Last-last aku off je hp aku. Puas hati. Kalau betul urgent, dia boleh SMS kan? Takpun call je office kan? Yang nak kacau aku ni apsal? Hangin betul aku semalam. Migrain kepala otak aku makin menjadi-jadi tiap kali hp aku berbunyi. Nak-nak dia yang call lagi la aku migrain tahap gaban!
So dipendekkan cerita, semalam aku betul-betul flat. Malam tu aku terjaga sebab lapar. Makan laksa penang yang masam-masam tu. Habis semangkuk. Sedap sangat rasanya. Tengah demam memang best makan masakan masam-masam ni kan? Alhamdulillah, aku 'kebah' malam tu jugak. Itupun sebab aku pekena uphamol. Memang superb sey penangan pil tu. Hilang terus sakit kepala aku sampai aku berpeluh-peluh kepanasan. Bangun pagi tadi rasa lenguh-lenguh badan lagi tapi aku gagahkan jugak pergi kerja. Kalau teruk aku nak turun jumpa doktor panel ni pastu amik MC, tapi alhamdulillah hingga ke saat ini aku masih bertahan. Harap-harap malam ni tak demam lagi la. Tak larat la.
Dan hari ini juga aku dapat berita yg sedih. Kucing yg kitorang pelihara bernama Nemi mati pagi tadi. Jue sayang sangat kat Nemi tu. Dia yang banyak jaga kucing tu. Ada cerita spesel bout' the cat. Nemi's a very special cat. Dia cacat dari segi penglihatan, pendengaran dan bau selepas eksiden. Kitorang bawak naik rumah dan jaga dia sampai dia sembuh dan boleh berjalan. Hinggalah ke saat aku dan Jue berangkat ke Langkawi Khamis malam lepas, Nemi dah start taknak makan. Adik Jue kata Nemi taknak bukak mulut bila disuap susu dan makanan. Sampai le saat tragis pagi tadi bila Jue kasi Nemi makan buat kali terakhir. Nemi pandang je Jue seolah-olah nak kasitau yang dia nak pergi 'jauh' dah. Balik ni aku sure akan nangis bila tengok bangkai Nemi dalam sangkar. Jue suruh adik dia balut dulu dengan paper. Dia nak tanam Nemi balik dari kerja nanti. Sabar ye Jue. Dah ajal Nemi. Ko dah jalankan tugas ko menjaga dia kan. Daripada dia menderita, biarlah dia pergi dengan amannya.