<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/19237217?origin\x3dhttp://siparjepun.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Monday, May 15, 2006

Fuh! Hari letih dan mengantuk sedunia. Baru balik dari Langkawi. Penat masih terasa. Mengantuk jangan cerita. Suasana kat opis ni amat memukau mata sebab ramai yg cuti. Keadaan lengang. Suasana pulak rasa cam damai semacam je. Dan ketika jari jemari ini menaip tiap butiran kata, mata aku pun sama naik melentukkan kelopaknya. Balam-balam je skrin ni aku nampak. Cuti baru je aku key-in kejap ni. Nak cuti petang ni la. Rasa tak larat nak menggagahkan diri kat opis ni. Boss aku pulak seb baik sporting hari ni. Dia siap tanya kenapa tak EL je. Nak tergelak pulak aku. Harap-harap dia approvekan le.

Cuti-cuti di Langkawi memang fantastic macam biasa. Kali ke-2 aku dapat stay kat Sri Kijang. Kali ni stay secara percuma je coz family day le katakan. Sebab tu aku tak tolak kunjungan kali ni. Aku suka pulau. Dapat duduk kat pulau tu forever pun aku sanggup. Jauh dari kebizian kota (cewah). Suasana dan pemandangan yg amat tenang. Isk, rasa taknak balik la!

Aku bertolak dari HQ hari Khamis lepas. Perjalanan amat smooth. Driver yg bawak bas tu pun jenis yang active. Laju je dia bawak. Rupa-rupanya dia tu x-driver Naeila le. Sebab tu le tangkas dan pantas semacam je. Bayangkan le, bertolak dalam pukul 11.15 malam, sampai kat Masjid (lupa kg mana) dalam pukul 5.10am. Itupun berhenti makan 2 kali. Kalau tak, mesti lagi awal. Sampai-sampai je Jeti Kuala Perlis tu, aku tergezut gila nengok orang ramai cam ulat nangka. Penuh dalam terminal tu. Belum pukul 7am orang dah ramai. Cuti le katakan, so semuanya nak ke sana. Pemandangan yg biasa dah di jeti tu. Seb baik kitorang semua dapat naik feri yang selesa di tingkat atas. Semua dapat duk ataih. Takde le sesak2 kat bawah. Perjalanan lancar. Siap aku lepak kat luar feri tu amik udara nyaman. Best! Sampai jeti Kuah dalam pukul 8.20am. Terus naik bus ke Sri Kijang. Sampai sana lepak lepuk, then lunch awal dalam pukul 11.30am sebab puak-puak lelaki nak gi sembahyang Jumaat. Lapor nyer pasal aku pulun nasi sket nyer banyak. Bila kaum lelaki ke Masjid, aku pulak dengan bahagianya lepak dalam bilik karaoke dan melalak sesuka hati aku. Prektis untuk talent nite hari esoknya. Bahagianya rasa bila orang tak ramai. So mic tu aku yg punya. Hahahaha! Pas melalak kitorang balik bilik mandi dan melepakkan diri sebelum kuar ronda2. Shopping sokelat je untuk FASA 1. Hehehe! Petang tu dinner dalam kul 6.30pm pastu continue ngan talk by our Director from 8 - 10.30pm. Supper plak kul 11.00pm. Balik bilik keboom! Tidur tak hengat!

Bangun pagi (Sabtu) secara kelam-kabut sebab tidur yg best itu telah membabaskan aku. Pepagi ada teambuilding. Pas breakfast terus ke pool side. Seronok yg amat tengok gelagat member-member office yg sempoi dan sporting. Ada macam-macam games dan antara yg aku paling suka ialah water polo. Memasing memang berani mati memperjuangkan nyawa di bawah air kolam yg setinggi 4 meter itu. Kelam-kabut air kolam tu dengan kehadiran ikan-ikan duyung, dugong malah paus pun ada. Hahaha! Enjoy habis aku! Habis teambuilding, dalam kul 10.45 terus siap-siap nak jenjalan ke merata tempat di Langkawi tu. Aku tak penah bosan walaupun dah banyak kali pergi ronda-ronda kat sana. Plan awalnya nak ke Cable Car. Sesampai je kitorang kat sana, cuaca terus mendung pastu ujan mula rintik-rintik. Terpaksalah kitorang kenselkan plan awal tu tapi terus ke Galeria Perdana. Makan tengahari kat salah satu gerai depan Galeria tu pastu ronda lebih kurang je dalam tu. Aku dah mula rasa penat dan mengantuk. Dengan panasnya toksah citer la. Dari Galeria tu kitorang ke Pekan Kuah ronda-ronda carik sokelat. Aku shopping sokelat + rokok (untuk ayah aku daa) + suar pendek. Memandangkan letih, singgah kat gerai pekena air tebu sejuk-sejuk. Pergh!

Dari Pekan Kuah lak diorang decide nak ke Cable Car semula. Ada yang first time pergi so takkan nak lepaskan peluang tol tak? Nasib tak berapa baik, van yg aku naik tu rosak la plak. Temperature tinggi secara tiba-tiba. Mujur En. Zul tu perasan, kalau idak tak tau la per jadik nanti. Dan mujur le van tu stop kat depan umah orang. Nak taknak terpaksalah tukar van lain. Dan aku wat keputusan taknak gi Cable Car tu. Ramai gak yg taknak pegi (masing2 dah penah pegi). Kitorang pun balik le ke Sri Kijang (sblm tu singgah shopping sokelat lagi kat Underwater World). Sokelat kat situ fresh and lagi murah dari Pekan Kuah. Pas ronda situ, jalan kaki ke Sri Kijang, salin baju pastu terus keboom dalam kolam. Waaahh.. bestnya sebab orang takde! Aku, Jue and Kak Ayu dah jadik cam pari-pari plus anak dugong dalam kolam tu. Mandi tak hengat. Had our dinner pastu ready for our talent nite show. Seperti biasa pemenang bagi acara malam tu ialah AKU si penulis blog ini la. Dapat sijil plus cash. Walaupun badan cam nak demam dan tekak pun sakit, mampu gak aku melalak malam tu. Lagu Tragedi Oktober tu. Eheks! Enjoy habis! Pas acara tu, ada wat barbeku kul 11.00pm kat pool side. Makan pelbagai jenis makanan. Ada ayam, sotong, ikan, sausage dan daging burger. Aku makan tak banyak sgt sebab aku letih sangat dan nak balik bilik tidor je!

Ahad bangun seawal 7.15am. Bekpes mihun goreng ngan nasik goreng yg pedas tu. Bertolak balik dari Sri Kijang kul 10.00am. Dapat feri ke Kuala Perlis pukul 11.30am tapi bertolaknya pukul 12.10pm. Orang sesak gila. Dah le feri tu panas. Naik pitam aku dibuatnya. Sampai Kuala Perlis dalam kul 1.10pm. Bas dah tunggu kat luar. Bertolak dari sana kul 1.30pm. Sampai KL 9.00pm. Bayangkan betapa lamanya perjalanan kitorang. Dan hasilnya, hari ni aku datang office dalam keadaan yg amat tak terurus. Mata bengkak, muka sememeh (dalam erti kata lain muka yg poyo dan tak berseri). Badan letih, kaki sakit dan sebagainya. Sebab tu aku amik keputusan nak cuti petang ni pastu tidur lama-lama kat rumah. Yezza! Apapun, terima kasih kepada committee/AJK yang menjalankan tugas dengan begitu jayanya. Enjoy habis!


Aku yang tersengih riang. Penat sey!



Perjalanan dari Kuala Perlis ke Kuah. Cantik kan? Aku suka langit.



Sunset di Pantai Chenang. Teruja aku dengan keindahan alam.



Lagi pemandangan indah. Kebesaran Tuhan yang mencipta alam ini.