<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/19237217?origin\x3dhttp://siparjepun.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Friday, May 19, 2006

Ketika entry ini ditulis, aku tiba-tiba jadi sayu. Sayu kerana perkhabaran dari adik aku. Walaupun tiada kena-mengena dengan aku dan family, sedikit sebanyak ianya memberi impak pada diri aku. Tersedar akan sesuatu. Terjaga dari lena yang panjang. Ibu kepada kawan adik aku, Ina namanya telah meninggal dunia secara tiba-tiba selepas dimasukkan ke wad ICU. Dengar cerita arwah demam dalam tempoh yang lama dan selepas dimasukkan ke ICU, dia meninggal. Ajal kalau dah ditentukan, begitulah pengakhirannya bukan?

Teringat aku pada mak dan papa. Teringat aku pada adik-adik. Teringat aku pada sahabat dan kawan-kawan sekeliling aku. Manusia-manusia yang aku sayang. Andaikata ajal menjemput mereka tanpa aku sedar dan tanpa aku sempat untuk menatap wajah mereka sepuas-puasnya, aku pasti sedih, aku pasti rasa hiba. Kita tak tau bila agaknya 'masa' kita akan tiba. Tak dapat aku bayangkan jika keadaan itu berlaku pada diri aku. Hilang orang-orang yang amat aku sayang. Bibir sukar mengucapkan kata-kata sayang dan kasih, tapi di dalam hati ini cukup kuat, cukup bermakna dan biarlah aku simpan segalanya hingga ke akhir hayat aku.

Kita sebagai insan takkan dapat lari dari Qada dan Qadar dari Allah. Nyawa dan jasad ini hanya dipinjam oleh-Nya. Suatu hari nanti pasti kita akan kembali menghadap yang Esa. Kita sendiri tidak tahu apakah nasib kita di akhirat kelak. Apakah yang bakal kita hadapi bila kita mula disoal oleh kedua-dua Malaikat. Semuanya kuasa Allah. Kita berserah kepada-Nya dan semoga 'perjalanan' kita ke 'sana' akan diterangi dengan cahaya. Insya-Allah.

nota: TAKZIAH DIUCAPKAN KEPADA INA. Semoga sabar menghadapi dugaan dari-Nya.