Tuesday, April 25, 2006
Assalamualaikum semua..
Macam yg aku janji aritu, nak sambung kisah sensasi tu kan? Maap le aku lambat sikit update kerana kebizian yg melanda aku kat opis ni. Japnih aku jenjalan kat blog dak My-ya lalu terlihatlah entry dia yg details itu. Sonok aku baca. Yg pasti My-ya memang enjoy habis hari tu kan? kan? Kalu idak takkan la dia sampai goyang badan sana-sini. Si Tipah tetap maintain vogue walaupun tengah sakit. Cian Tipah!
Kisah yg aku nak cerita arini pasal bestfriend aku dak Jue tu la. Dari kecik sampai ke tua tak pernah-pernah nak menang cabutan bertuah. Tak pernah-pernah nak beradu nasib. Alih-alih dia yang menang GRAND LUCKY PRIZE masa lunch hari tu! Tak sangka, tak kuduga, dia leh jadi pemenangnya sey! Biarpun dah lama berlalu, aku masih rasa teruja lagi ngan perkhabaran gumbira nih. Menyengih-nyengih kitorang sampai arinih. Asyik la berangan nak ke sana. Aku tahu dia lagi la rasa terkasima dengan kemenangan tu. Boleh nampak menerusi pandangan anak mata dia yang bersinar-sinar dengan kelebaran mulut dia menguntumkan senyuman yg tak putus-putus dari dia. Mood pun ok je dua tiga menjak ni. Penangan London la katakan. Jangan sampai demam udah le ek Jue?
Bak kata orang, rezeki tu di mana-mana kan? Aku tumpang gembira dengan Jue. Yang pasti sahabatmu ini akan menyusul sama ke London. Yabedabedu! Parent aku galakkan aku pergi siap nak sponsor lagi. Mak kata London memang marvelous. Yelah, orang dah pergi kan, aku tak dapat ikut time tu sebab masa tu aku still study kat Uitm. So terlopong je la bila dorang balik dok citer pasal London la, Scotland la itu la ini la. Buat bengkek aku je. London here I come!

Jue yg tengah menyengih tak hengat tu.. eppinya dia! Kelihatan di belakang Jue adalah
Kak Ena yang sporting dan sentiasa maintain kecoh tu. Peratikan betul-betul seorang wanita berbaju light brown di belakang yg tengah sibuk dgn handbagnya itu. Itu ler dak
Adhila. Hehehe.. jgn mare arr.. you're on candict camera!
INTAI-INTAI
X-gitarist Search zaman dolu-dolu si Hillary Ang.. you rock bro! Makan kat sebelah meja kitorang ngan pemuzik-pemuzik lain. Serba hitam. Black is good bebeh! Maintain lagi si Hillary ni. Tak lapuk dek zaman tak lekang dek usia wa cakap lu (rock terus tu). Aku suka petikan gitarnya yg menusuk-nusuk tu. Zaman rock adalah zaman aku. Yihaa!

Ni lak dak Ila aka Adhila yang berseri-seri sejak ehem ehem ni. Time tengok CT aritu kitorang gempaq gak sebab dia ke toilet lama bebenor. Rupa-rupanya dia bizi duk amik gambar si CT kat depan. Tahu ler dia peminat besar CT. Urut dada bila nengok dia balik ke meja semula. Cam jejak kasih lak rasanya. Jangan mare ek Ila?

Meja nombor 57 yang bertuah! Kitorang semeja je. Tak ramai dari bank yang pergi untuk nengok CT. Okay la kan? Enjoy sikit rasanya. Time ni aku takde dlm gambar pasal aku tukang amik gambar. Diulang, tukang amik gambar.