<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/19237217?origin\x3dhttp://siparjepun.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Thursday, April 20, 2006


Siti Nurhaliza. Seindah nama seindah rupa. Ye ke rupa dia indah? Entahlah, aku cakap je pasal semua orang cakap macam tu. Asal sebut Siti je semua akan teruja, terlopong dan terpesona. Pada suaranya atau pada rupanya? Masing-masing punya citarasa. Apsal arini aku tiba-tiba nak cerita pasal Siti ek? Jeng jeng jeng... sebabnya tengahari ni aku nak tengok dak Siti ni perform. Lalalala! Arini aku enjoy sakan la beb! Puas hati aku dapat tinggalkan opis untuk sementara. Kasi le otak aku ni rehat. Dah naik karat dah kat dalam tu (post-mortem lagi taww). So pagi yg singkat ni aku just nak note kat sini yg aku bakal menghilangkan diri sampai ke pukul 3 kot? 4 maybe? Entah le, wait n see bebeh! Tak sabar nak dengar suaranya. Masih sama macam dulu atau dah berubahkah? Siti kalau perform mustahil suaranya akan pecah or lari dari tune. Dia ni pandai dalam mengawal suara dan tone dia sendiri. Itulah kelebihan Siti daripada penyanyi-penyanyi lain. Aku ni bukanlah peminat Siti tapi tahu jugak le perkembangan dia. Yang terbaru pasal dia ngan Datuk K (sesi melalut dah mari). Kita tutup cerita dia ngan Datuk K pasal aku taknak dapat dosa kering. Satu yang aku kagum dengan dia iaitu cara dia menghadapi tekanan dan tohmahan orang ramai dan cara dia mengawal peribadi dia bila menghadapi saat-saat genting dalam hidup dia (cam pengulas filem lak aku ni). Dia memang jadi idola kerana sifat sederhana yang ada dalam dirinya tu. So sesiapa yang nak kekal lama dalam industri music ni silalah ikut sifat-sifat positive yang ada dalam diri Siti tu. Bukan nak copyright Siti, tapi mengikuti apa yang baik aja.

to be continued...
Kembali lagi. Sekarang jam menunjukkan pukul 5.22pm. Aku baru je balik ke opis. Naik transport dari HQ kul 4.45pm tadi. Masih menyengih. Ada banyak dalam kepala. Segalanya akan aku cerita esok. Aku nak buat special entry untuk seseorang. So aku just nak cerita pasal perjalanan persembahan Siti tengahari tadi. Seawal 11.45 kitorang dah sampai kat sana. Kiranya antara yang awal le. Terus amik goodies bag terus masuk ke hall. Besar jugak saiznya. Susun atur kerusi pun just nice. Hiasan-hiasan pun ok la. Tempat baru, so semuanya masih baru gak. Kul 12.15pm kitorang dah boleh makan. Pelagi kan, melantaklah aku dengan kadar perut yg terbukak luas dan napsu yang meluap-luap sampai lupa diri yg aku ni tengah DIET. Sorry arr perut, arinih aku lupa diri dan sengaja buat-buat lupa. Tak kira, aku nak gak makan! Dan sememangnya aku makan dengan begitu tenang dah santun sekali. Dap woo!


Wargh! Bread butter puding, cheese cake yang menusuk kalbu.. warghh!

Tengah2 makan tu le si DEE masuk dewan. Dia memang selalu jadik host. Quality Hotel memang suka dia ni. Sempoi, lucah dan bergaya. Itulah yang boleh aku katakan tentang DEE ni. Dari dulu sampai skrg dia mmg sempoi. Cayalah beb! Aku konsentret gak dengan pemakanan aku. Si Jue syok prot pret ngan Kak Ena kat sebelah. Mya ngan Tipah lak konsentret ngan persembahan. Si Tipah malu-malu je tadi. Mya lak selamba. Idup Mya and Tipah! Meja aku ada 9 orang lagi. Mujur semeja tu penuh ngan kitorang. Baru best sikit nak cakap apa-apa or berkelakuan ikut suka kan? Tengah makan tu le diorang announce kemunculan Siti. Besar sket budaknya. Dah makin tembam. Tapi masih anggun. Siti tetap Siti. Vokal yang hebat, gaya persembahan pulak makin banyak progress. Pandai dah berinteraksi dengan penonton. Yang paling best, si Apek ngan Yasin pun ada. Lawak yang meletop-letop sampai aku rasa tali usus aku naik kecot. Makin lebar dah mulut aku ni duk ketawa memanjang. Airmata toksah citer la merembes-rembes sekali ngan ingus duk gelakkan diorang tu (scene agak menjijikkan...hehehehe). Puas hati aku tengok dak SITI kali ni. Tak macam dulu-dulu, maksud aku dari segi dia entertain penonton. Makin ok dia sekarang. Paling suka lagu baru dia BIARLAH RAHSIA. Terbuai-buai aku tadi. Si Mya pun aku tengok boleh tahan goyang badan sana-sini. Hehehe.. jangan marah ek Mya my pren. Habis show dalam kul 4.15pm. Sampai HQ 4.30pm. Dan sekarang ni aku kat opis. Masih rasa teruja ngan sebuah perkhabaran yang akan aku ceritakan esok. Taknak cerita hari ni nanti panjang sangat entry sey. So tunggu ajelah yek? Layan...!


Sekeping gambar Siti yang dikerumuni orang ramai. Sempat snap satu ni je secara dekat.



Cuba teka saper duorang ni ek?