Friday, March 03, 2006
Jumaat yg tenang. Mata yang mengantuk. Kerja yang banyak. Perut yang kenyang. Hati yang gembira. Segalanya kerana hari ini hari Jumaat. Betapa besarnya keindahan di hari Jumaat. Betapa agungnya ciptaan Allah. Dan betapa kerdilnya insan bernama AKU ni. Bila tidur, sempatkah kita bangun semula keesokan harinya? Akan adakah sinar untuk kita bila kita mula buka mata? Selalu aku berfikir, sempatkah aku untuk menyambut kedatangan hari esoknya? Sempatkah aku menghulurkan tangan dan meminta kemaafan dari ibu-bapa aku? Tiba-tiba semua persoalan ni bermain dalam kepala aku. Sempatkah aku bertaubat? Sempatkah aku melihat dunia ciptaan Allah ni? *sayu*.
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Penyayang.
Isk, kenapa aku pikir jauh sgt ni (check suhu sendiri). So far tak panas badan jauh sekali tanda-tanda nak pitam ke pengsan ke. Mental aku ni haa yang rasa serabut. Apa yang aku serabutkan tu aku tak pasti la. Unpredictable beb! I wish I could fly now. I wish I could swim in the sea. I wish I could turn back time. "sayang semuanya, sudah terlambat" (nyanyi sket). Nak amik balik kenangan dulu mustahil. Nak padamkan kenangan dulu lagi la mustahil. Dah jadi part of my life. Nak taknak sampai ke saat akhir di dunia ni aku akan tetap bawak bersama segala kenangan indah/duka bersama aku. Aduhai, hidup ni sebenarnya singkat je kan?
Dalam hidup ni ada pasang surutnya. Ada naik turunnya. Kita sebagai manusia kenalah tahu berfikir secara rasional dan bertindak secara tenang sekiranya sesuatu kejadian terjadi dalam hidup kita ni. Tak semua di sekeliling kita ni sukakan kita. Ada je yang cuba menduga kita. Pedulikan segala kata-kata nista, umpat keji dan kutukan orang2 tu. Kita redhakan aja. Lambat-laun mulut diorang akan stop gak bila dah jenuh mengata. Besar pahalanya bila kita redhakan segalanya weh.
Okaylah, petang Jumaat ni aku bertazkirah pulak ye? Mengingatkan diri sendiri sebenarnya. Aku rasa hari ni mood aku slow motion. Bukan badmood tapi rasa cool and steady. Aku harap mood ni akan berterusan sampai bila-bila. Baru le ketenangan tu menghampiri aku (smile).