Tuesday, March 07, 2006
Let's talk about DIET. Topik yg agak dull tapi bagi aku ianya menarik sbb aku tengah melalui proses diet sekarang. Belek punya belek, aku terjumpa artikel menarik tentang diet yang sihat ni. So aku paste kat sini untuk kita kongsi bersama. Manalah tahu kat luar tu ramai sebenarnya yang tengah diet tol tak? Alhamdulillah, ada kesan penurunan berat badan aku. Aku start diet ni dah 2 bulan lebih. Ada perubahan nak-nak dari segi keringanan (ringan) badan aku ni. Rasa tak letih, tidur pun nyenyak. Aku harap sangat aku dapat kurangkan berat badan aku sampai 55kg - 60kg. Kedengaran mustahil tapi aku akan cuba buktikan! Ramai staff kat department aku ni yang berjaya kurus tak hengat. Paling aku respect dan teruja dgn sorang mamat sebaya aku kat opis ni. Dulu berat dia 100kg and now dia 71kg! Amazing kan? Kalau dia boleh buat, takkan aku tak boleh betul tak?
Aku sekarang banyak amalkan pemakanan yang seimbang (cewah). Pagi aku amik menu light je. Contohnya cam roti ke, nestum ke takpun paling koman aku makan sup auntie kat Kupang tu (eheks). Dan aku make sure setiap pagi lepas breakfast aku akan makan buah. Tak kiralah buah apa, tapi yg jadik fav aku buah betik ngan jambu. Cuma aku skrg kena lebihkan buah-buahan berserat cam tembikai. Lagi elok untuk sistem penghadaman kita. Then tengahari aku makan buah je. Kalau lapor sgt barulah aku turun cafe carik apa yang patut. Makan pun dalam kuantiti yang sikit je. Tak macam dulu2 aku pulun baikkk punya! Malam aku cuba tidak makan. Lepas kul 8pm je aku tak makan. Minum je la. Tak minum terus, kering plak air dalam badan aku ni. Dan hari ni aku nak turun GYM lunch time nanti. Aku kiranya NEKAD kali ni. Aku mencabar diri AKU sendiri beb!
Ni kat bawah ni aku pastekan jadual pemakanan yang betul. FOOD PYRAMID. Kalau rasa nak ikut aku berdiet, silalah baca dan amalkan. Insya-Allah, kuruslah kita ;)

5 Panduan Diet bagi Pengurusan Berat Badan
Nikmati banyak buah-buahan, sayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Makanan sebegini mempunyai massa banyak tetapi tenaganya kurang padat dan membantu anda berasa kenyang lebih lama.
Makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak, ikan, tenusu rendah lemak dan lain-lain protein. Makanan jenis protein paling berkesan untuk mengenyangkan kita.
Sekali-sekala makan dengan sukatan sederhana makan makanan yang mengandungi tenaga padat. Anda mungkin berasa terkilan jika langsung tidak dapat menikmati makanan jenis ini. Jadi, rancangkan saat-saat untuk menikmati makanan ini tanpa berasa bersalah, kemudian teruskan dengan diet seimbang yang dirancang dengan baik.
Pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan anda bermakan dengan keterlaluan.
Sukatan makanan harus diawasi. Kajian menunjukkan sukatan makanan semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun lepas dan mungkin menjadi punca utama pemakanan yang berlebihan.
5 Panduan Aktiviti Fizikal bagi Pengurusan Berat Badan
Orang dewasa harus menetapkan 30 minit sehari, pada kebanyakan hari setiap minggu, dan kanak-kanak perlu menghabiskan sebanyak 60 minit dengan aktiviti seperti bermain secara aktif, berjalan, berlari dan bersukan setiap hari.
Aktiviti seperti berjalan cepat dan menaikki tangga sebagai ganti mengguna lif memberi faedah yang sama seperti bersukan secara formal.
Aktiviti fizikal harian selama 30 minit ini boleh dipecahkan kepada tempoh masa yang pendek. Contohnya 3 kali berjalan cepat atau berbasikal selama 10 minit setiap kali.
Gabungan aktiviti membina kekuatan dan kardiovaskular (meningkat kadar jantung dan penafasan) adalah disarankan.
Mencari jalan untuk menyertakan aktiviti fizikal dalam rutin harian anda, agar ia sentiasa dapat diamalkan walaupun menghadapi tekanan masa.