<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/19237217?origin\x3dhttp://siparjepun.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Monday, March 06, 2006

Fuh! Hari Isnin yang kewl. Tak rasa langsung serabut or letih. Cuma rasa windu pada Awana (eheks). Best, release segala tension aku. 2 malam kat sana betul-betul aku gunakan sepenuhnya. Hari Jumaat lepas kerja aku balik rumah dulu. Kemas-kemas apa yang patut (suka last minute). Dalam kul 8.15pm kitorang gerak ke sana. Seb baik jalan tak berapa jam. Singgah kat PROJECT isi minyak pastu tapau burger king (tahu perut sure lapor sakan bila sampai). Itupun si Jue bawak bekal macam-macam. Beras + sardin + cili + dan sebagainya. Memang dia berfikiran jauh. Mentang-mentang la bilik kitorang tu boleh masak, pelagi kan?

Kondo yg menarik lagi sempoi

Sampai kat Awana dalam pukul 9.30pm. Itupun hujan renyai-renyai. Aku ngan Jue gi check-in dulu. Bebudak 2 orang tu tunggu dalam kereta. Dah settle semua aku hantarkan diorang dulu pastu aku cari parking yg strategik utk kereta aku. Masuk je dalam kondo tu, pergh! Memang cun la! Luas dan selesa dan yang paling penting, boleh memasak. Kitorang pun melepakkan diri sambil menghayati keindahan rumah kami tu. Agak2 lapor kitorang rembat burger king dpn tv sambil tengok American Idol. Malam tu aku tidur lambat sikit. Mata tak ngantuk walaupun badan letih. Yang bestnya pukul 6.15 aku dah terjaga. Takleh tidor dah. Aku pun layan diri kat depan tv sambil landing ataih sofa yang gebo tu. Tak sedor bila masa aku tertidor sedor2 dah pukul 9am. Aku kejutkan budak-budak tu.

View menarik mengadap padang golf


Pas breakfast kitorang siap2 nak naik Genting. Dalam kul 12pm kitorang gerak dari Awana. Terus ke Skyway. Ingatkan boleh la tinggal kereta kat situ pastu naik cable car. Alih-alih management kat situ kata perkhidmatan dihentikan sementara. Nak taknak aku pun terpaksalah bawak kereta naik Genting. Slow and steady sampai jugak kitorang. Layan outdoor park je. Aku paling suka main go-cart. Beratur sket nyer panjang dapat main 3 pusingan je. Takpe, janji puas hati tol tak? Ingatkan aku nak cuba naik Solero tu tapi Jue and the gang tak kasik. Tiap kali aku ke Genting aku teringin nak naik tapi rasa macam tak confident plak. Takpe, satu hari akan aku naik gak!

Dah letih layan game itu ini kitorang gerak ronda2. Syok pergi Bum City. Macam-macam ada. Genting mmg dah happening tak macam dulu-dulu. Tak banyak kedai2 menarik. Setakat Casino tu isk, per le sangat tol tak? Dalam pukul 8.30pm kitorang gerak balik Awana. Lenguh takyah cakap la kaki aku ni. Mujur on the way turun, kalau naik aku gerenti kaki aku kremp punya la! Alhamdulillah selamat sampai ke Awana. Masuk umah terus landing dpn tv. Mandi, makan (Jue masak nasik lauk sayur tomyam ngan telur dadar goreng). Senyap memasing makan (lapor giler). Dah kenyang sambung tengok tv. Aku tidor awal dalam kul 11.30pm pasal aku letih yang amat.

Bangun pagi esoknya pukul 8am. Terus prepare apa yang patut. Kemas itu ini. Jue masak nasik goreng ngan telur goreng. Sedap tol. Sempat snap gambar memacam setail. Kitorang berempat rasa malas nak balik KL. Bosan dgn suasana KL yang hingar bingar. But what to do, life goes on rite? Back to normal life dude! Sampai KL awal dalam kul 1.30pm. Terus balik rumah. Lepak dpn tv sampai tak sedar aku tertidor. Bangun dalam kul 6.30pm itupun sebab hujan lebat. Phew!

Hari ni alhamdulillah aku tak ngantuk. Cuma badan je letih sikit. Yang paling penting singa ni tak buat perangai. Kalau dia buat perangai gak tak tau la aku. Apapun, percutian kali ni memang best!


Nota sambilan: Di sini aku nak amik kesempatan (cam hari raya plak) ucapkah selamat pengantin baru kepada kawan aku Raizon yang selamat melangsungkan perkahwinannya semalam. Maaf dari hujung rambut aku yang pendek ni sampailah ke hujung kuku kaki aku yang aku baru potong semalam kerana tak dapat menghadirkan diri ke majlis kahwin ko. Aku cuba nak datang tapi semalam pun aku sampai KL dah lewat. Apapun, aku doakan ko dan suami selamat segalanya hingga ke anak cucu ok Ejon? Amacam dunia baru ko? *wink*.