Friday, February 03, 2006
Adeh la, skrg ni dah pukul 2.01am. Aku takleh tido lagi. Duk sibuk ngan surfing sana-sini. Aku sakit ati tol. Bayangkan le, start aku sampai umah ni, server kong je. Streamyx buat hal. Puas mak aku report tak jalan2 jugak. Musim raya cina ni server buat hal plak. Aku miss banyak ari nak update blog ni. Tension giler aku. Nak citer banyak mende yg jadik sepanjang aku bercuti ni. Tapi memandangkan server ngok-ngek terpaksalah aku korbankan dulu hasrat aku ni. Sumer owang dah tido skang. Tinggal aku je yg terkujat2 tak ngantuk. Pesal per ntah aku takleh nak tido. Nak kaco member aku tu, aku sure dia dah keboom! Kat sini ujan. Sejuk giler aku skang. Pejam celik dah dekat dah ari Ahad. Nak balik KL. Pahtu keje. Bosan siot!
Jap, aku rasa aku nak paste je aktiviti aku ari Sabtu lepas. Alah, time aku nak balik sini la. Aku dah taip panjang2, alih2 server buat hal, terus aku save dulu. Nak delete aku sayang plak entry yg panjang tu. Buat penat aku je kalau delete kan?
CITER SABTU LEPAS (28 Januari 2006)
Selamat malam. Dah pukul 12am. Mata dah bengkak tahan ngantuk tapi aku tgh syok layan citer XXX kat AXN. Aku kat umah parent aku. Tangan ni rasa gatai2 je nak mengupdate psl arini nyer citer best gak. Pagi tadi aku bangun pukul 7am. Kenapa bangun awal? Sebab aku hantarkan adik2 Jue ke stesen Putra. Diorang nak balik Ganu bas pukul 9am. Lagipun barang yg diorang nak bawak balik agak banyak. So aku tumpangkan le kete aku. Takkan nak suh dorang naik tren dengan barang yg banyak tu ye tak? Aku plak mmg dah plan nak balik terus pas hantar dorang berdua. Sampai stesen putra dekat pukul 8.30am. Sempat bekpes kat tingkat atas. Orang macam biasa mmg ramai. Ramai orang Pantai Timur yg keje kat KL ni. Lupa lak nak citer, bersama aku ke journey back to Kuantan ialah Jue dan kazen aku NE (pompuan ek..) So pas bas bergerak aku pun gerak sama. Jam jgn citer la. Tapi jam yg still under control psl kete boleh gerak lagi. Sampai ke tol Gombak tue aku tgk kete dah beratur panjang. Mujur pakai touch n go. Takyah la nak tunggu lama2. Ingatkan sampai situ je kes jam ni rupa2nya lepas tol jam tersangatlah teruk. Aku dah frust pasal sure letih nak tempuh jam tu. Aku penah kena sbb tue aku serik. Aku dah syak dah sure ada eksiden kat depan. Tengok punya tengok mmg ada eksiden. Apa yg melanggar dan dilanggar aku tak sure psl yg ada sisa2 kaca atas jalan. Kat Highway pun nak rempit ke? Dah tau cuti cengginie orang sure ramai, yg nak speedy gak tue pehal? Mujur le pas tempat kejadian (eksiden) tu jalan tetibe clear. Aku pun menspeedy la (cara yg sihat). Mujur tak jam dah. Masuk je Highway Pantai Timur tue aku pun mulakan perjalanan dengan berhati-hati takut kene speed trap. Time2 camni le speed trap mmg mabeles!
Disebabkan dahaga dan lenguh kaki, aku stop kat perhentian Gambang. Tengah order air nampak kelibat 2 orang yg amat aku kenal. Rupa2nya adik2 si Jue tu. Kebetulan jumpa kat perhentian situ plak. Sure driver bas dorang tergezut tgk camner aku ngan jue leh sampai dulu kat situ? Sebab dia duk pandang2 je kitorang. Still tak percaya la tu. Abih minum/makan aku bergerak semula. Aku terus balik kg atuk aku sbb nak hantar sepupu aku tu. Lagipun mak ngan ayah aku ada sekali kat sana. Sampai kg mak suh kitorang berdua ni makan. Mak buat nasi lemak spesel yg dia dah lama tak buat. Aku makan sket je psl aku rasa bersalah makan banyak. Jue makan mmg penuh selera. Dia suka sambal sotong yg mak buat tu. Sedap katanya. Dah abih makan kitorang buat aktiviti di luar rumah contohnya carik cili api yg banyak tumbuh melata. Rumah atuk aku tue kosong. Takde orang tinggal. Mak ngan ayah aku je la yg akan balik jengah umah tu. Itupun during weekend je psl sibuk keje. Bila aku adik-badik berkumpul meriah sket la umah tue walaupun family aku sendiri ada 5 orang je. Mak sedara aku ngan kazen aku Ne tu tinggal kat umah sebelah umah atuk aku. So dorang je la yg tengok-tengokkan umah pusaka tu.
Dalam pukul 4.45pm, kitorang berdua balik semula ke Kuantan. Mak ngan ayah aku tinggal sbb dorang nak balik lambat sket. So sampai Kuantan kitorang terus ke pasar malam kat Wisma Persekutuan tu. Penuh orang, banyak makanan! Aku beli kuih je, Jue plak siap tapau sate. Aku taknak makan banyak sbb plan nak dinner kat tempat bese aku pegi ngan Jue. So dinner kitorang ialah Sizzling Black Pepper ngan Chicken Chop. Kenyang giler psl mmg nak bwk Jue ke situ (kali pertama dia makan dia ingat sampai sudah..hehehe). Sblm makan tue kitorang ronda2 Kuantan Parade dulu. Jue nak carik barang utk kakak ipar dia pahtu nak beli barang keperluan dia sendiri. Dah amik barang tapi kensel psl kat kaunter penuh orang. Dah le 2 kaunter je yg bukak.
After settle sumer2 tue aku bawak Jue ke Tunas Manja nak carikan dia mandarin orange. Dia nak beli bawak balik kampung esok pagi. Dia balik Ganu esok bas pukul 10.00am. Dah borong sumer kitorang balik umah. Kemas2 barang tak hengat. Letih sesangat arini. Tapi ketika dan saat ini aku masih gagah menaip utk entry kali ni, ketika ini dan saat ini... aku letih dan aku nak tido!Hem.. nampaknye aku stop kat sini le dulu. To be continued... yezza!