Wednesday, February 08, 2006
Ketika entry ni dibuat, aku dalam keadaan mamai gila. Bukan gila, tapi mamai gila. Sejak ari Senin sampai sekarang ni aku dalam keadaan mamai je memanjang. Uikss, aku tak amik ganja arrr (sblm org tuduh baik clear cepat2). Maybe last week cuti lama kan, so aku nyer bodi + saraf tak stabil lagi kot? Asyik mengantuk je kat office. Asyik rasa nak tido je bila sampai rumah. Risau jugak aku dengan diri aku sendiri. Manalah tau, simptom2 ni relate ngan penyakit2 yg aku tak realize ada dalam diri aku tak?
Kepala aku belah kanan ni pun asyik berdenyut-denyut je dua tiga hari ni. Nak kata aku kena panas, takde la pulak aku ke sana-sini time lunch? Nak kata aku ngadap PC 24 jam, tak jugak. Tapi aku selalu la sakit kepala sekarang ni. Ya Allah, jauhkanlah aku dari sebarang penyakit yg berat *amin*.
Aku sekarang dalam proses diet. Alhamdulillah, ada perubahan pada diri aku. Tunggu la result yg bakal member-member aku tengok nanti. Aku nekad diet tanpa sebarang paksaan. Ramai gak kata aku dah susut. Rambut pun aku biarkan panjang sket ala-ala rambut Jepun serabai. Saja nak test simpan rambut panjang macamana. Agak-agak tak tahan, aku potong la apa susah kan? Aku dah biasa rambut pendek. Tak reti pulak nak simpan rambut panjang. Tapi kali ni aku nak test diri aku sendiri, tahan ke tak. Tengok je la ek?
Citer tambahanAri Isnin depan birthday mak aku. Tengah pikir nak belikan mak apa nanti. Kad pun aku tak pos lagi ni. Tengok la, esok time lunch aku keluar kejap cari barang/kad. Takpun aku gi Midveli. Dari aku kecik sampai besar aku memang tak pernah miss kasi mak kad birthday + hadiah. Mak pun sama. Aku dah tua bangka ni pun dia kasik hadiah jugak. Upps, lupa pulak nak cerita. Birthday aku hari tu aku dapat jam ELLE dari mak, RM100 dari ayah aku, RM50 dari adik aku dan kek dari secret recipe dari adik bongsu adik aku. Itu bab family. Bestfriend aku pulak hadiahkan aku gitar (Kapok), adik no.2 dia kasi aku bantal dan kad, adik no.3 dia pulak kasik aku buku cerita dan kad. Selebihnya ucapan dari SMS yang bertalu-talu dari kazen-kazen aku. Thank you guys! You all memang best! Tak sangka makin tu makin murah rezeki dapat itu ini (sengih).