Tuesday, February 14, 2006
Fuh! Lama jugak aku tak update blog ni. Masa dan keadaan yang tak mengizinkan. Selain dari kerja yg busy, aku sendiri takde mood nak update apa-apa. Angin kus-kus sudah datang kot? Tapi pagi ni aku tergerak nak mencoret pasal aku rasa aku ketinggalan banyak perkara yang bagi aku amat value utk aku kenang (paham ke tak?). Ok la, malas aku nak bazirkan masa dan juga tenaga jari jemari aku ni menaip kerana masa itu EMAS (poyo je).
11 Februari 2006 (Sabtu)Bangun lambat dalam pukul 9.45am. Mandi pahtu lepak tengok tv. Aku basuh baju. Boring melayan cerita yang entah apa-apa kat tv tu. Nak tengok CD aku malas plus mood aku yang merundum jatuh kebelakangan ni. Apakehalnya? Ntah?! Petang-petang sikit aku ngan bestfriend aku tu la merajinkan diri ke Putrajaya. Lepak kat laman seni (dalam tv duk war2kan). Excited gila kawan aku tu. Aku pun rasa macam bersemangat nak ke sana. Sampai sana parking penuh kat area Masjid Putrajaya tu. So terpaksalah aku parking kat taman atas tu. Jauh jugak kitorang berjalan. Sampai je kat laman tu, aku tengok tak ramai sangat orang. Kebanyakan bawak keluarga masing-masing. Aktiviti sihat rupanya. Ingatkan happening gila, tup2 indah khabar dari rupa. Maksud aku, bagi mereka2 yang suka bershopping barangan antik dan berseni ni memang dapat rasakan Pameran Seni tu amat best dan terangkat. Bagi aku yang tak suka aktiviti shopping ala-ala makcik ni terasa hambar dan bosan gak. Tapi demi duit minyak dan jugak tol yang dah dibayar itu, kami gagahkan diri jugak jalan-jalan di sekitar pameran tu. Letih jalan, lepak kat gerai makan cempedak goreng RM2 (6 ketul ye puan-puan dan tuan-tuan). Member aku pekena rojak buah ngan air sarsi. Isk, boleh tahan gak mahal harga makanan hari tu. Maklumlah, Pameran Seni la katakan ye tak?
Dah bosan ke sana, kitorang gerak ke Alamanda pulak. Pun parking full. Terpaksalah aku parking kat Level 4 yang tinggi dan sunyi itu. First sekali kitorang ke Carrefour (itu je la yg happening kat situ). Nak tau apa benda yang aku borong tu? Aku beli beras perang Thailand untuk makanan asasi diet aku. Hahaha! Punyalah jauh shopping beras?! Jue pulak shopping mentol 4 bijik (errrr?). Dalam kereta kitorang gelak pasal rasa cam teruja dgn diri sendiri. Yelah, kat KL sikit punya banyak kedai yang jual barang-barang tu, tapi ke Alamanda jugak yang kitorang borong. Balik rumah awal pasal masing-masing penat. Sampai rumah lepak tengok tv lagi. Punyalah boring sey! Tido awal pasal aku letih.
12 Februari 2006 (Ahad)Bangun awal sebab nak pergi pasar pagi kat area rumah aku tu. Bekpes roti canai sekeping ngan teo suam-suam kuku. Pas melantak, ronda kat gerai CD. Aku borong CD movie ngan CD lagu. Pastu singgah pulak ke gerai jual buah. Borong apple tak ingat. Ni semua gara-gara diet la. Sekali tu tak tau kuasa mana entah merasuk aku, aku terus ke kedai hardware. Aku ngan Jue decide nak cat rumah. Kitorang borong cat pulak 7 litre color Purple Twist. Nak tunggu cat sampai pun satu hal sebab time tu stok takde. Brother kat kedai tu kena pergi beli kat kedai lain. Tunggu dia dekat sejam jugak la. Nasib baik mood kitorang ok hari tu. Kalau tak kena sound jugak la bro tu. So sampai rumah lepak jap pahtu dalam pukul 12.30pm kitorang memulakan aktiviti mengecat. Fuh, punyalah letih. Masing-masing bergilir2 mengecat sambil relaks. Ada sekali tu aku rasa nak pitam. Jue pun sama pasal masing-masing lapar. Mujur adik Jue masak. So rest kejap makan pahtu sambung semula mengecat. Alih-alih dengan rasminya rumah kitorang siap dicat pada pukul 7.45pm. Bayangkanlah?!. Adik Jue turun beli burger, kitorang mandi membersihkan diri yang macam orang sakit sopak. Cat merata-rata kat tangan ngan kaki. Lepas mandi aku rasa mamai je. Letih satu hal. Lenguh tangan ngan banhu kanan aku ni. Mujur la Jue tu tinggi. Boleh la cat kat tempat-tempat yang tinggi. Kitorang makan burger sampai tengok citer The Decent. Boleh tahan citer tu beb. Jap aku reviewkan pilem tu ek?
Cerita yang suspen dan bloody. Dah lama aku tak tengok citer suspen camni. Kalah citer alien. Filem yang mampu buat aku terjerit. Kalah citer hantu. Kalau tengok citer hantu aku boleh lagi makan minum sambil borak. Tapi citer ni isk, memang menghentikan degup jantung aku sambil mulut terlopong tanda suspen. Kitorang bertiga memang duduk tak diam la. Aku yang berani ni (perasan) pun rasa debar-debar je. Citer The Descent ni terbitan UK dan lokasi gua ni kat Scotland. Cantik sgt view tapi dalam cantik tu penuh misteri tau. So apalagi kan, bacalah review aku ni.
Citer ni mengisahkan journey 6 sekawan (yang best semua hero dia aweksss tau). Tak perlu hero lelaki dah mampu kasi suspen. Dorang ni jenis adventure belaka. Yang sorang tu namanya Sarah baru je mati laki ngan anak dia dalam accident. Dia dulu aktif tapi bila kehilangan orang-orang yang tersayang dia terus jadi blur dan murung. Member-member dia semua cuba nak hiburkan hati dia dan naikkan semangat dia balik. So salah sorang tu namanya Juno buat rancangan nak teroka gua. Dijadikan cerita semuanya bersetuju termasuklah Sarah (padahal baru mati laki tu dah nak enjoy dalam gua beb). So dorang ni naik la 2 kete ke destinasi yang dituju. Sampai je sana dorang terus masuk dalam gua yang gelap gelita itu. Mula-mula ok lagi tapi bila part Sarah tu terlekat kat celah-celah ruang yang sempit tu aku dah mula rasa lemas. Rasa tersekat nafas pasal ruang tu memang sempit. Mujur kawan dia datang tolong. Tapi yang tak bestnya ruang yang sempit tu la kena tutup ngan batu-batu yang runtuh. So diorang berenam stucked dalam gua tu. Takde jalan keluar, takde kelengkapan yang lengkap. Bayangkanlah kan? Dalam pada sibuk carik jalan keluar Sarah selalu ternampak kelibat orang/makhluk berlegar-legar dalam gua tu. Dia cuba terangkan kat member-member yang lain tentang kewujudan makhluk tu tapi masing-masing kata Sarah still tak sihat pas eksiden yang terjadi. Sampailah ke satu scene bila Holly terjatuh pahtu patah kaki (terkeluar tulang beb). Dia kena serang ngan predator yang ada. Terputus kepala pahtu ngeri tengok dia kena 'kekah' idup-idup. Si Juno memang tough pasal dia sanggup rebut mayat kawan dia dgn predator tu. Aku taknak la review habis pasal nanti takde thrill la wei. So korang tengok dan nilaikan la sendiri ok? Aku memang suka citer ni pasal BLOODY and SUSPEN. Saper yang tinggal? Saper yang mati? Saper yang hidup? Tunggu......
Itu le aktiviti aku di hari Ahad. Dan semalam (Isnin) aku betul-betul liat nak bangun pagi. Satu badan sakit (penangan mengecat tu la) sampai le ke hari ini. Semalam mood aku mental je. Aku mengantuk plus letih. Mujur singa takde. Seminggu dia takde satu ketenangan dan kebahagiaan bagi aku. Aku balik sharp semalam pasal aku pening kepala yang amat. Sampai umah aku lepak je depan tv. Dan hari ni aku bersemangat nak ke office. Walaupun lambat akibat lift kat sini yang ntah apa-apa, aku masih mampu tersengih. Dan sekarang (10.03am) aku masih maintain poyo. To be continued dude!