Friday, January 20, 2006
Hari ni aku nak imbas kembali zaman dedolu time aku still berhingus (yg pasti bukan kaler ijo ek). Nak kata budak sgt takde la budak. Takat umur aku remaja2 lagi. Mak ayah aku memang suka bawak anak2 dia jenjalan. Pantang ada masa free, masing-masing pun amik coti pahtu berangkatlah kami ni ke serata tempat semata-mata untuk berlibur. Pergh, berlibur tue. Ayah ngan mak aku tu memang kaki ronda. Ada je la tempat yg dorang nak pegi. Aku adik-badik ni terpaksalah mengikut. "Kami yg menurut perintah tuan!". Salunya ayah aku ske turun time2 wiken. Paling kerap pegi mmg le KL. Dulu sblm ada highway baru ni kitorang ikut jalan lama. Agak memualkan sbb jalan melentuk-liuk. Salunya kitorang adik-badik mmg akan 'berkeruh' kat belakang. Mak aku cam bese akan sibuk kuorkan makanan utk ayah aku. Time tu le sesi suap-menyuap akan berlaku memandangkan mak aku nak make sure ayah aku tak ngantuk. Kadang-kadang tu ayah aku pasang lagu kuat2 sambil menyanyi. Isk, mmg potong stim kitorang je yg syok berdengkur kat bakang kete tu. Aku salu gak follow ayah aku menyanyi (sbb tu sampai skang aku ske menyanyi.. eheks!). Sampai ke tua ni aku ada peel yg sama. Asal jalan ke mana2 je sure aku melalak dalam kete. Mak ayah aku lak sporting abih relakan je la sore anak dia ni berkumandang lam kete (i wish i could turn back time).
Kuala Lumpur. Emm, mmg dari baby sampai le ke tua bangka ni (dah stay pun kat KL ni) aku dah naik muak ngan KL. Tapi bila kecik2 dulu akulah yg paling tak sabor nak jenjalan kat KL ni. Yelah, ibukota le katakan. Pantang ayah aku sound nak turun KL je aku mula le sibuk pack baju2, itu ini sampaikan mak aku kata aku ni mmg antu jalan. Malam tu takleh tido psl over excited padahal boleh dikatakan kekerapan turun ke KL tu amat tinggi, aku plak still tak muak2. Entah apa yg aku ske ntah. Lagipun ramai sedara-mara aku kat KL ni. Time tu le nak jumpa kazen2 aku yg sekepala otak ngan aku. Kasik havoc la sket.. yezza! Antara tempat2 yg paling aku ske kat KL ni ialah.. jeng jeng jeng!
MIDVALLEY. Ini le tempat favourite aku. Time kecik2 dulu mmg le takde. Tapi sejak terbukaknya soping kompleks ni aku boleh dikatakan pengunjung tetap dan setia kat sini. Nak2 kedudukannya yg amat strategik dekat ngan umah aku. Daripada aku ke tempat yg jauh baik aku ke situ. Sebab utama aku ske ke Midveli ni sbb environment dan segala macam barang/makanan yg senang aku dapat kat situ. Takyah susah2kan diri carik kat lain. Macam2 ada! Segalanya tentang Midveli memang aku ske. Yang tak best sket bila time wiken. Nak2 ari Sabtu tengahari. Pantang terlambat sket memang panjang giler jam. Sebab tue kalau nak ke sana time wiken aku make sure sampai sblm kul 11am. Ni ari Ahad ni aku ngan Jue nak ke sana. Nak tengok wayang la. Booking tiket awal kul 10.50am. Pas tgk wayang leh le soping2 dalam keadaan tenang. Gaji pun dah masuk arinih weiii. Satu lagi pasal Midveli ni yg aku ske ialah MAKANANNYA. Banyak giler pilihan makanan yg ada. Dari light sampai le ke heavy food. Fast food toksah citer la kan? Boleh tangkap cintan selamanya la!
SOGO. Haa, ni le tempat fav aku dari kecik sampai le ke besor. Kecik tapi mampat. Itu ler pandangan aku tentang SOGO KL ni.Mampat dengan segala macam barangan. Sebab UTAMA aku ske ke sini of coz la sebab SALE. Sekali Sogo SALE memang berduyun-duyun la kaki shopping turun padang. Segala macam jenis manusia dan pangai akan kelihatan bila musim SALE ni. Kadang2 tue tak nampak pun manusia manakah yg sedang memilih dan berebut2, sedor2 pakaian melambung2 je. Terpijak kaki la, terlanggar bontot la, tersadung la. Paling tak tahan toksid bacin dari KETIAK ORANG. Wahhhhh, memang leh pitam makcik!!! Loya anak tekak aku ni. Sabor je la ek? Time dedolu takde le sesak semacam cam skrg. Agaknye dedolu Sogo tak wat SALE sangat kot?
ONE UTAMA. Besar, luas tapi penuh ngan manusia. Suka pegi sini kalau aku nak ke IKEA. Balik dari IKEA sure aku akan singgah sini. Apa yg ada pun aku tak tau la. Maybe memang dari azali aku ske pegi shopping complex yg besor2 kot. Rasa adventure plak kaki ni wat rondaan. Ada sekali tue aku penah sesat entah ke mana-mana. Yelah, kan ke dah dibesorkan. Dulu time bangunan tu kecik lagi senang je nak wat rondaan, ni aku tepaksa pakai 'polis bantuan' bila dah sesat (keskeskes...). Suka ke tempat jual makanan. Suka borong sushi, salad dia yg sedap2 tu dan tak lupa juga kepak ayam. Sebenornya aku ni kalau ke mana-mana pun mmg mengutamakan MAKANAN. Kaki makan le katakan. Parking kat ONE UTAMA ni bolehlah dikatakan senang jugak. Walaupun beribu2 umat manusia ada, aku so far takde masalah dengan parking. Orang kata, pandailah CILOK tol tak? Kalau tak buat kurengg hajor alamatnye melopong ler molot. Sampai ke pagi la tak dapat2 parking. Hehehe!
SUNGAI WANG PLAZA. Fuh! kat sini memang tol2 best. Syurga bagi peminat2 henpon. Macam-macam kedai ada kat sana. Carik je sumer ada. Best bila dpt cuci mata tgk gelagat orang kat situ. Kedai2 fesyen pun banyak. Memang happening la Sg Wang ni dari dulu sampai le sekarang. Yang memeriahkan pun bukannya saper, budak2 remaja jugak kan? Bersepah-sepah kapel, kepit sana kepit sini. Terkepit pun ada! Hahahaha! Aku ske pegi satu kedai ni. Jual segala macam barang perhiasan. EMILY THE STRANGE, satu ikon yg paling aku minat. Kat situ macam2 jenis barang keluaran ETS ni. Nak ke sana aku prefer naik pengangkutan awam instead of driving my own car. Nak tau apsal? Sebab jam la. Jalan sesak giler. At least kalau naik bas or LRT dah save masa dah tol tak? Alang2 dah ke Sungai Wang tu of coz la aku ronda Lot10 ngan Starhill. Teringat dulu time kecik2 aku penah jatuh depan public. Yelah, ralik aku tengok benda2 lam kedai aku tak sedor aku terpijak air kat lantai terus berdebub cam nangka terlebih masak. Depan kedai jual henpon lak tu. Malu siot aku. Seb baik muka ni jenis poyo, kalau tak mmg aku tak jejak dah kat sana. Eheks!
PLAZA KOTARAYA. Last but not least, KOTARAYA. Sesak, bising tapi ada sesuatu yg membuatkan aku selalu terpanggil untuk ke sini. Kenangan sejak dari dulu. Nak2 time aku study kat Uitm dulu. Asal wiken turun KL je aku and the gang sure ke sana. Suka lepak kat food court sambil makan makanan fav aku kat situ iaitu ASAM LAKSA. Dari aku study sampai la skrg ni aku tak lupakan stall uncle tue. Dah meninggal dah dia. Skrg ni anak pompuan dia yg jaga. Macam2 kenangan, seribu satu persoalan. Kat sana jugaklah aku suka beli eksessori kete aku. Banyak kedai2 yg jual alat2 perhiasan. Umah, keta dan sbgnya. Cuma pemandangan kat luor Kotaraya tu je yg menyakitkan mata aku sket. Ramai penjaja2 duk sibuk jual barangan utk kulit (muka). Nampak semak. Aku tau dorang carik rezeki tapi biarlah kene pada tempatnya. Dah nampak cacat plak pemandangan kat sana. Apapun, aku tetap suka KOTARAYA.