Thursday, January 26, 2006
Pagi tadi, aku apply halfday leave (esok petang) dari boss aku. Nak tau apa kata dia? "please check whether the other secretaries are in or not tomorrow". Itu satu hal, yang buat aku lagi sakit bila dia suruh aku check ngan boss aku yg sorang lagi tu. Suh tanya samada boss aku yg sorang lagi tue ada any objection tak? Dia ingat ni court case ke? Takat nak halfday pun nak berkira. Poodah! Tak tau la kenapa dia betul-betul berubah. Dia rasa tergoncang dan tersasar ke ngn boss2 yg lain tu? Boss2 yang lebih pandai dan tau nak jaga ati orang berbanding dia? Sejak dari mula aku jaga dia ni, makin hari dia makin kerek, makin angin dan makin ego. Puas dah aku cari puncanya tapi tak dapat-dapat jugak. Aku rasa la kan, dia ni ada family problem kot. Yang aku heran sekali dia keluarkan suara terus yg lain KECUT PERUT. Cam diktator pun ada. Petik je jari terus yg lain senyap. Berapa kerat je staff dalam opis ni yg betul-betul lawan dia secara kurang ajar. Aku salute mereka2 itu. Aku ni pun kategori melawan jugak. Banyak kali jugak la aku ngan dia bertegang leher. Dia ingat aku takut? Sorry sikit, aku tak takut sapa2 pun la. Nak-nak dia tu bangsa yang terkenal dengan keegoan dan kedegilan. Aku sebagai anak melayu takkan tunduk, takkan ngaku kalah! (rasa semangat tiba2). Dalam pada tu ada jugak anak melayu kat sini yg kaki ampu. Pakai aircond baik punya. Kipas-kipas tak main dah ok? Bila belakang cakap bukan main laju lagi. Bila berdepan mulut masing-masing terkunci, perangai terus jadi sivik. Bosan aku!
Berbalik tentang boss aku ni, dia ni kadang-kadang buat aku jadi confuse. Macam-macam emosi aku hadapi bila berdepan dengan dia ni. Memang dialah satu-satunya manusia yg betul-betul buat aku tertarik untuk mengkaji sifat dan perangai manusia. Bila dia baik, betul-betul punya baik. Sampaikan segalanya nampak 'cantik'. Segalanya nampak 'wangi'. Sekali dia tak baik, terpalit segala jenis najis kat orang. Diumpamakan sebagai Tsunami. Sekali menyerang tergulung segala macam benda/manusia di dalamnya. Tsunami yang tidak mempunyai hati dan perasaan. Tsunami yang sentiasa berdendam dan akan datang lagi menyerang walaupun tidak mengenal siapakah musuh, siapakah lawan dan siapakah sebenarnya kawan? Itulah kehebatan Tsunami yang aku kenal.

Awas.. sekali ia datang segalanya akan berubah...