Thursday, January 12, 2006
Yezza! Lama gak aku tak update blog. Lama gak aku tak merapu dan merepek kat sini. Kebizian yg melampau dan kerahan tenaga yg boss aku kasik, membuatkan aku tak menang tangan nak melentukkan jari jemari aku ini (sambil taip sambil nak terkatup mata). Dah le penat raya haji aritu lom betul2 habis lagi. Aku tak cuti lama. Sayang plak rasanya. Lagipun cuti raya Cina nanti aku nak balik lagi kan? So simpan cuti tu untuk apa2 je kes kecemasan ataupun sengaja buat2 cemas (hehehehe).
Raya Haji aritu cukup meriah. Cukup teruja dan cukup membuatkan aku lenguh sampai rasa nak pitam. Kali ni aku beraya kat kampung atuk aku kat Pekan. Rumah yg sekian lama sepi dan kosong tue penuh dengan anak2 cucu yg ektip2 belaka. Bayangkan le, 10 bijik kete terpaking secara ahcunnyaaa depan umah. Cam nak wat kenduri je. Malam raya tu semua berkumpul. Kitorang wat barbeku. Ayam, ketam, ikan yg pelbagai jenis disertakan plak air asam yg cukup mengecurkan air liur tersaji hebat malam tu. Masing2 gilir2 duk bakar itu ini. Aku lak tukang pulun makanan. Yg tak beh sket, aku kena sakit perut la. So pergerakan agak terbatas dan mulut ni plak tak cam selalu bleh mengunyah dan mengekah (korang paham ke ayat ni) segala macam bentuk makanan yg ada. Pas sesi makan beramai2 tue aku amik 'syif' membasuh pinggan mangkuk dan menyapu keseluruhan rumah yg besor itu. Bayangkan je la camner aku time tu kan? Tido dalam pukul 1.30am. Itupun setelah merapu meraban ngan adik2 aku. Tido yg lena disulami dengan hujan yg penuh mengasyikkan (err?).
Pagi raya tu aku bangun lewat sket. Itupun sebab aku sakit perut. Pukul 6am dah ramai yg bangun. Masing2 duk tunggu giliran nak mandi manda dan juga acara memerut sakan. Yg kelakornya, puak2 lelaki mandi kat toilet atas, yg pompuan lak kat toilet bawah. Itupun nombor giliran tak cukup. Kena beratur panjang gak. Seb baik aku sempat mandi pagi tue. So aku terus la tolong mak aku kat dapur buat itu ini. Menu utama pagi raya apalagi kan kalau bukan nasik dagang (buatan maklong aku) dan juga laksa pahang (buatan kazen mak aku). Memang mabeles hingga menjilat jari. Kenyang giler aku makan time tue. Dah bekpes tu lebih kurang kul 11am masing2 pun mengundurkan diri. Tinggallah aku lima beranak kat umah tu. Sunyi je tetibe. Time tu rasa sayu pasal tingat kat arwah atuk, nenek ngan paklong aku. Sure arwah2 semua gembira pasal rumah tu riuh rendah. Dah lama tak berpenghuni kan? Mak ngan ayah aku plak akan balik time wiken je. Susah pasal keje le. Time wiken la dapat tengok2kan umah tu. Apapun, aku epi dengan sambutan raya kali ni. Petang raya dalam kul 5.15pm aku dan adik aku berangkat ke KL. Ujan gerimis2 je. Alhamdulillah jalan tak jem. So dalam pukul 8.00pm kitorang dah sampai KL. Adik aku antor aku balik. Aku tak bawak kete aku kali ni. Tinggal je kat umah sewa aku tu. Sampai umah terus aku kemas2 barang, mandi manda, tgk tv pahtu terus tido dalam keadaan yg letih amat. Malas giler nak gi keje esoknye weh!
*Selingan sket buleh? Aku tengah ske lagu Pupus ni walaupun dah lama. Aku ske liriknya. Penuh puitis dan syahdu. Isk, bleh cair gua!
dEwA - PuPusAku tak mengerti -
mmg aku blur
Apa yang ku rasa -
macam2 ada!
Rindu yang tak pernah begitu hebatnya -
sakit woo rindu2 ni
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu -
emm.. perlukah aku mengatakan?
Meski kau tak'kan pernah tahu -
simpan je la diam2 weh
Aku persembahkan hidupku untukmu -
agak2 cam teater tak?
Telah kurelakan hatiku padamu -
awww! tak koser you!
Namun kau masih bisu -
emm.. bisukah? tak dengarkah?
Diam seribu bahasa -
diam ada makna.. aku tau tu ;)
Dan hati kecilku bicara -
pakai kanta lagiBaru ku sadari - tepuk dahi
Cintaku bertepuk sebelah tangan -
isk, patut le sakit sebelah je tangan ni
Kau buat remuk seluruh hatiku -
cam dalam mesin basuh plak rasanya
Semoga waktu akan mengilhami -
ilham jiwa (pergh!)
sisi hatimu yang beku -
meh aku cairkan pakai air panas
Semoga akan datang keajaiban -
tunggu dari dulu :(Hingga akhirnya kau pun mau -
meh la.. meh la nak tak?
Aku mencintaimu -
isk, malu la
Lebih dari yang kau tahu -
tak tau2 lagi ke?
Meski kau tak'kan pernah tahu -
tak reti bahser nie