Wednesday, January 25, 2006
Citer no.1
Tik tok tik tok! Jeling jam kat ataih meja dah pukul 4.20 petang. Tapi aku rasa lembap betul masa berjalan arini. Maybe aku tak braper bizi pahtu aku dalam keadaan mengantuk yg amat kot? Sebut pasal mengantuk, apsal ek kita kene rasa mengantuk? Apsalek mengantuk itu menyerang kita ek? Sekali serang mau cam ayam berak kapur jadiknye. Tangan menaip, kepala melayang, pikiran out terus. Silap sambil menaip sambil pejam mata. Cam aku skang ni, dalam keadaan mengantuk yg amat. Pepagi tadi mmg bizi. Tak menang tangan, tak menang lantai aku nak pijak sambil berlari. Org kata, dah macam marathon dah dlm opis sirik. Mana tak ngantuk, malam semalam aku tido lambat. Bangun lak pagi. So kiranya tak cukup tido la ni (alasan). Aku rasa la kan, aku skang ni kalau owang sogok makanan pun aku tolak. Owang offer apapun sure aku tolak melainkan owang tue offer bantal kat aku. Aku takkan tolak sama sekali sbb aku mmg nak bantal skrg ni. Nak tido! Cepatlah balik weiii! Boss aku dah gi meeting. Lagi la aku melanguk. Keje dah settle sumer. Nak kata aku episen takde le sgt, tapi sekali boss aku suh wat itu ini mmg aku cuba settlekan segera. Tangguh maknanya aku sengaja carik penyakit. Bila penyakit dah menular, slow2 napas aku terhenti. Isk, mintak dijauhkan la ye tak?
Citer no.2Emm, demi tidak membuang masa aku rasa aku cam nak preview je citer BULI BALIK yg bakal ditayangkan pada 26 Januari 2006 ni. Ni antara sedikit sinopsis pilem yg aku jangkakan akan kelakor. Mintak2 sehebat Baik Punya Cilok. Aku memang minat ngan Afdlin Shauki tu. Dia antara actor yg baik di Malaysia ni bagi aku. Selamba, kelakor dan poyo (itu mmg karekter dia). Dah le cam teddy bear. Hehehe!



SinopsisSambungan dari filem Buli: Roy dikejarkan ke hospital dan dia ditemani Nordin. Menurut Doktor Selina, Roy tiada harapan hidup. Sementara itu Rudy yang cuba melarikan diri ditangkap polis di pintu masuk Bukit Aman. Enam bulan berlalu dan Nordin berjaya menjuarai rancangan kuiz kegemaran ramai, Siapa Salah Kena Karan. Rudy yang berada di penjara juga membuat pertaruhan sesama banduan di atas kemenangan Nordin tetapi air mukanya berubah apabila dia mula mengecam muka Nordin dari tempat kemalangan Roy. Suatu hari, Nordin terkejut kerana terserempak dengan Roy di hospital dan dia tidak percaya yang Roy masih hidup. Kata Doktor Selina hanya mereka yang rapat dengan Roy boleh membantu memulihkan ingatannya. Doktor Selina mencadangkan agar Nordin membawa Roy pulang tetapi Shaff tidak setuju. Adakah Nordin akan membalas dendam terhadap Roy? Filem ini akan merungkai persoalan apakah Nordin yang seringkali dibuli oleh Roy pada filem pertama itu akan menjadi seperti Roy apabila dia memperoleh kesempatan yang sama.
Palit sket tayek: apa pendapat korang? Leh agak tak apa yg akan jadik? Wait n see!