Friday, December 16, 2005

"
ala lalalalong.. ala lalalalonglonglelenglenglong!" Epi giler! Today's the last day bebeh! Akhirnya, setelah seminggu aku idup dlm blur ini ler masanya yg aku tunggu-tunggu. Lagi setengah jam aku nak blah. Aku nak kuar dari 'kepompong berduri' ni. Sebelum aku bertukor jadik rama-rama kejam, adalah baiknya aku cepat2 'merayap' ke daun lain (takde kene-mengene kan?). Sebenornye aku tengah dlm mood yg amat 'galak' sekali petang ni walaupun mengalami masalah server yg teruk japnih. Seb baik le aku
leh sabor. Seharian aku mengira detik waktu. Tup tup dah nak balik. Yezza!!
Pagi tadi sebenornye aku telah dikaco mood oleh boss aku. Mood aku yg terlalu ceria otometik jadik cam lilin cair pas aku dengor citer semalam. Apsal la dia tue? Tak abih2 nak nyakitkan ati aku yg dah lama tahan marah ni. Kang aku sakit saper yg susah? Mak ayah aku jugak...
*tunduk*. Perlu ke aku ripot hal ni kat pihak atasan? Ker aku cam bese nak buat bodo je? Buat bodo bukan bererti aku 'kalah' tol tak? Rasa cam kene tindas plak. Kang aku menindas dia kang sure aku kene benti keje 24 jam notis. Maleh la aku nak cipta rekod 'paling panas' kat sini. Sabor..sabor...selagi boleh sabor sipar weh!
So, next week aku coti dari
19 sampai le 22hb Disember. Aku nak abihkan masa ni dengan sebetul-betulnya. Taknak pikir pasal keje langsung. Aku nak buang segala macam benda yg dah lama karat
bersarang + bersawang lam palotak ni. It's time for me to be alone, to think and to heal. I really need my own space dude! Dah terlalu lama aku biorkan diri aku ni menyimpan, berdendam, sedih and bla..bla..bla.. Takkan aku nak 'bunuh' diri aku sirik kan?
Eh, lupa lak nak update. Tengahari tadi aku gi Jalan TAR ngan my twin. Aku naik LRT turun kat Masjid Jamek. Malas nak bawak kete pasal aku rasa cam tak sesuai je. So sekian lama tak naik tren aku pun dengan pantasnya ke sana. Jenjalan sana-sini. Makan nasik lauk ikan bakar yg sedap tu ngan air teh o es yg sejuk2 tekak tu. Dah kenyang kitorang meronda2. Masuk lam Mydin. Saje usha2 apa yg ada. Tak beli per2 pun. Aku rembat
komik G3 yg terlatest. Aku mmg pengumpul G3 dari keluaran pertama lagi. G3, you're the best! Twin aku beli kerongsang utk baju kebaya dia. Itu je le aktiviti aku tadi. Tak gi jauh dari Jalan TAR pasal aku takut lambat balik opis. Petang ni balik keje je aku ada banyak mende nak buat kat umah. Kain baju aku tak pack lagi. Umah tak kemas lagi. Bilik apa lagi kan? Parent aku sampai malam ni. So aku kena standby and clearkan apa2 yg patut la
*sengih*.
Takde aral melintang, esok pagi berangkatlah aku ke Kuala Kangsar demi melihat kazenku gitu-gitu. Wish him all the best... semoga
tak bahagia hingga ke anak cucu. Peace!