Thursday, December 15, 2005
"Menghitung hari.. detik demi detik..." Cewah aku, pepagi lagi dah menjiwangkan diri. Sebenornye aku dalam mood nak coti ni. Malashhh gilos nak keje. Kuatkan ati dan perasaan je ni. Tak sabor nak coti minggu depan seh! Dah terbau-bau dah pantai Chenang yg semerbak tu. Dah terbayang-bayang keindahan alam ciptaan Tuhan. Isk, rasa cam badan je ada kat sini, ati ntah ke mana ntah. Sabor jelah ek? Tinggal esok sehari je lagi aku nak 'menghambakan' diri kat sini. Argh! Penat siot!
Tadi papa tepon. Dia duk diskas ngan aku pasal plan for tomorrow. Sok pas keje, dorang bertolak ke KL. Mak aku malas nak cuti esok pasal sayang cuti. Lagipun kitorang nak bertolak ke Kuala Kangsar pagi Sabtu tu. Maybe family aku lepak umah aku malam sok. Nanti pagi Sabtu tue kitorang bertolak dulu pahtu singgah kat Perhentian Tapah. Kiranya jumpa kat sana la. Dari Tapah konvoi terus ke umah pengantin. Isk, cam tak caya je kazen aku yg 'nakal' tue dah nak kawen. Dia mmg sporting habis. Satu2nya kazen lelaki yg aku paling sayang. Dah cam adik-beradik dah beb! Sure life dia akan berubah terus pas kawen ni. Seb baik le bakal bini dia tue kontra gilos ngan perangai+personaliti dia. Lembut je budaknye. Tak macam kazen aku ni, panas baran orgnye. Moga2 bakal bini dia tue boleh ubah dia secara slow2. Insya-Allah...
Tergelak aku duk baca email yg member aku forward ni. Cam tak sangka lak kes ni bleh dijadikan kajian. So aku paste kat sini untuk tatapan sumer. Cer korang bandingkan (sesape yg ada bela menatang ni je la ek) kebenaran tersebut.
SILA BACALONDON: Saintis mendakwa sejenis parasit yang hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop pada haiwan peliharaan terutama kucing dan tikus mampu mengubah personaliti manusia tanpa disedari.Menurut laporan akhbar Daily Mail, wanita boleh berubah perangai menjadi seperti anak kucing gatal manakala lelaki seperti gengster jika terkena jangkitannya.
Lebih satu perlima rakyat Britain dipercayai sudah dijangkiti tanpa menyedarinya dan apa yang lebih membimbangkan, tiada penawar bagi penyakit berkenaan.Satu laporan penyelidikan antarabangsa mengatakan, wanita yang dijangkiti parasit berkenaan gemar berbelanja untuk pakaian dan dianggap lebih menarik kerana berkeyakinan serta kurang menyukai standard biasa.
Profesor Jaroslav Flegr, berkata pihaknya mendapati wanita akan lebih mudah bergaul dan mesra, mempunyai ramai kawan serta lebih mementingkan imej.
"Bagaimanapun, mereka sukar dipercayai dan menjalinkan banyak hubungan dengan lelaki," katanya.
Sementara itu, lelaki yang dijangkiti pula menjadi lebih antisosial, kuat cemburu, lebih agresif dan kurang tertarik kepada wanita.
"Mereka juga tidak suka mengikut peraturan," katanya.
Parasit yang dikenali sebagai toxoplasma gondii itu dikatakan bergerak antara tikus dan kucing.Malah, ia juga mampu menjangkiti melalui kucing dan beliau menasihatkan wanita mengandung supaya tidak memegang haiwan berkenaan kerana boleh memberi kesan terhadap bayi yang dikandungnya.Kini, saintis dari universiti Britain, Amerika dan Republik Czech mula menyedari parasit berkenaan mungkin mengganggu pemikiran manusia secara halus.
Mereka percaya, masalah berkenaan perlu berpindah dari satu tempat ke tempat lain supaya boleh membiak.Walaupun ia boleh menjangkiti mana-mana mamalia, ia mampu membiak hanya dalam perut kucing.Cara terbaik untuk ke dalam perut kucing adalah melalui tikus yang dimakannya. Berikutan itu, parasit yang membiak akan menyebabkan perumahnya lebih agresif dan tidak takut pada benda baru malah gemar berubah sikap.