Friday, December 23, 2005
Mode aku skrg:
ngantuk + letihMeh sini aku citer
perjalanan hidup aku sepanjang aku bercuti dari 19-22 Disember lepas (pergh, cam serius2 giteww).
17 Disember 2005 (Sabtu)Hari yg penuh bersejarah untuk kazen tersayang aku, Boboy yg melangsungkan perkahwinannya bersama gadis pilihan dari Kuala Kangsar Perak. Pepagi dalam kul 6.15am aku dikejutkan oleh sedara aku. Hari Jumaat pas keje aku terus ke umah Boboy kat Setapak. Tido kat sana. So pepagi Sabtu semua sedara-mara berkumpul kat umah dia nak konvoi sama-sama ke Kuala Kangsar. Cuaca sepanjang perjalanan asyik hujan je. Member baik aku kata, cam ada tanda tak elok je. Aku terpikir gak tapi malas le nak ikutkan hati pikir mende bukan2 tol tak? Alhamdulillah, perjalanan kami selamat sampai walaupun sepanjang perjalanan diiringi oleh hujan yg renyai2. Sampai KK dalam pukul 12.00 tengahari. Kitorang check-in dulu kat Resort Sungai Perak. Boleh tahan gak resort tue. Betul-betul dekat dgn Sungai Perak. Pas bersiap-siap ngan baju yg vogue2 kitorang pun konvoi le ke Masjid (Boboy nikah kat Masjid tapi aku dah lupa nama masjid tu). Sampai je kat sana, sedara-mara belah pompuan ni dah ramai yg ada. Kitorang pun tanpa berlengah-lengah terus le naik. Aku tengok kazen aku ni pergh, lain betul bila berbaju melayu. Baru le nampak 'sopan' dari sebelumnya. Hehehehe! Sampai le saat dia dinikahkan oleh bapak si pompuan ni. Aku respect pasal sekali lafaz je dia selamat jadik suami orang. Tak sangka tol dalam pada 'nakal' dia tu, senapas je weh! (tahniah my kazen!). Pas nikah tue kitorang ke umah nenek pengantin pompuan. Dijamu nasik dan lauk pauk masakan orang KK. Ada citer disebaliknya, tapi aku malas nak komen kat sini pasal rasanya too sensitive maaa... biarlah aku dan family aku je yg tau... (tunduk).
18 Disember 2005 (Ahad)Aku sebenornye pelik gak ngan style orang KK (tak tau le mmg dah jadik pesen org sana kot). Hari Sabtu dinikahkan, hari Ahad baru ada kenduri kahwin. Seb baik aku tak booking Sri Kijang hari Ahad tu. Hari Ahad tu mmg kecoh satu resort pasal masing2 nak siap2kan diri ke kenduri tu. Janji ngan keluarga belah pompuan kul 1.00 tengahari. So kitorang ni mmg family yg menepati masa dan janji terus le bersiap2 separuh mati. Sampai kat umah pengantin pompuan (dekat2 je ngan resort tue), kitorang dibiarkan tunggu dlm cuaca yg panas tanpa ada sesapapun dari keluarga pompuan yg jemput. Teruk betul la orang KK ni. Kiranya rombongan pengantin lelaki ni semuanya jenis indipendent. Orang kata self-service dari saat kitorang sampai, makan, bergambar seterusnya balik ke destinasi memasing. Naik pelik aku ngan cara keluarga pompuan tu. Nak kata tak restu, isk.. mmg
RESTU habisss la. Papa aku taknak komen apa2 pasal dia kata biarlah kazen aku tue sedar sendiri. Belajar mengenali keluarga pompuan tue secara natural. So pas makan tue aku ngan family aku yg paling pertama balik. Lagipun kitorang nak ke Kuala Perlis. Dalam pada tak pueh ati tue sempat gak la aku sumbangkan suara di hari persandingan kazen aku tue. Siap dapat pujian lagi. Power giteww!! So malamnya kitorang tido kat hotel kat Kuala Perlis tu. Tido yg lena pasal letih giler siangnya tu sambil rasa tak sabor nak ke destinasi seterusnya.. ngeh..ngeh..ngeh!
19 Disember 2005 (Isnin)Bangun awal, mandi awal bersiap pun awal pasal tak sabor dah nak make a move to the island. Walaupun dah penah pegi tapi aku still rasa excited tiap kali nak ke pulau tu. Ada banyak benda menarik yg buatkan aku tertarik (cam magnet) kat bumi Mahsuri tu wa cakap lu. Kitorang naik feri kul 11.30am. Ramai sgt org. Penuh feri tue. Lagi satu, musim cuti sekolah kan... mmg tak hengat org bershopping kat sana. Sampai-sampai je terus 'twin' aku ajak bergambor. First trip for her actually so I understood sesangat kenapa dia excited melampau. Tersengih2 ataih jeti tu. Papa aku carik kete sewa terus kitorang ke Makam Mahsuri. Nak check-in awal lagi so daripada buang masa kitorang decided nak jenjalan terus. Sebelum tue singgah ke Maybank (almaklumlah, gaji + bonus mashukkk kan). Orang kata kebetulan... sedap sikit nak membeli-belah you! Pastu makan tengahari kat gerai depan Maybank tu. Dah kenyang perut ni mmg suka ati la nak jenjalan. Sampai kat Makam Mahsuri tue orang ramai sgt. Tak banyak yg berubah kecuali rumah pandak Mayah tu. Tengah direnovatekan pulak. So tak dpt le aku tunjukkan kat twin aku tue tempat tido Mahsuri tu. Kitorang ronda2 dlm tue lama gak. Aku ngan twin je yg mashuk pasal parent aku plus adik aku dah banyak lai mai. Aku lak sebagai tourist guide kena la temankan twin aku tu kan? Sempat aku mayen ngan ular sawa yg besor. Yg betina namanya Manja yg jantan lak aku dah lupa nama dia. Best giler bila ular tue lilit kat tengkuk aku. Rasa cam kene urut plak. I love snakes! Dah pueh jenjalan kitorang pun berangkat le ke Sri Kijang. Mmg cun giler babeng!!!! Mekacih
BNM! errr... skang ni kan dah pukul 5.48 petang. Buleh tak aku sambung minggu depan pasal aku rasa dah lenguh jari-jemari ni menaip dari tadi. Nak citer pun aku kene amik feel... so korang2 yg tengah baca entry kali ni aku mintak mahap pasal takleh nak continue citer. Sambung next week ek? Aku letih la! Nak balik awal pasal banyak keje nak kene buat kat umah tu. Basuh baju la, kemas bilik la .. pot pet..pot pet...
Sebelum aku lupa, selamat hari natal pada sesapa yg menyambutnya... and a happy new year! Walla..